Kecoh diperkatakan baru-baru ini mengenai suami pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai yang dikatakan tidak menggunakan plat nombor sebenar pada kereta jenis McLaren yang didakwa miliknya hingga dipanggil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Tak cukup dengan isu plat QPA1 itu, Opai juga terpalit isu menggunakan kenderaan yang didaftarkan atas nama orang lain.
Pemilik kereta sebenar tampil beri penjelasan
Tidak mahu isu tersebut berpanjangan, pemilik sebenarnya McLaren berkenaan, Hafiz Wasa tampil memberi penjelasan, lapor mStar.
Menurut Hafiz, Opai sebenarnya sudah membeli kereta mewah tersebut darinya pada November tahun lalu, namun mereka belum berkesempatan melakukan proses penukaran nama kerana kekangan masa.
Ya saya pemilik kenderaan itu, Opai dah beli kereta itu daripada saya pada November lalu.
“Cuma kami belum lakukan penukaran pindah milik lagi sebab dia agak sibuk dengan urusan perkahwinan, umrah dan sedikit pembedahan. Semuanya masih dalam proses tapi bayaran dia dah selesaikan,” katanya.
Tambah Hafiz lagi, dia agak pelik mengapa isu itu diviralkan hingga menjadi perbualan hangat netizen kerana menurutnya, Opai seorang yang sangat baik dan berbeza dengan apa yang ditonton netizen dalam video viral sebelum ini.
Saya ada jalankan perniagaan dan selepas PKP bisnes kami ada masalah situ, itu sebab kami buat keputusan untuk jual kereta tersebut.
“Saya rasa Opai beli kereta itu pun sebab nak tolong saya, ikutkan dia ada banyak pilihan kereta lain yang lebih mewah.
“Kami dah kenal sejak 2018. Sepanjang perkenalan saya dengan Opai, dia dekat luar tidak sama macam di dalam video. Dia seorang yang baik dan hormat orang,” kata Hafiz.
Terdahulu, Opai juga ada menjelaskan bahawa nombor plat QPA1 itu hanya digunakan sewaktu berkahwin dengan Fatin Afeefa untuk tujuan merakamkan foto kenangan bersama.
Harap isu ini tidaklah dipanjangkan lagi kan lepas empunya kereta pun dah beri penjelasan.
Baca: “JPJ tak ada panggil pun” – Didakwa Guna Nombor Plat Palsu, Ini Respon Suami Fatin Afeefa