in

Wanita Rela Habis RM30K Sewa ‘Billboard’ Untuk Kucing Hilang, Tawar RM3K Lagi Kalau Ada Yang Jumpa

kucing hilang 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi pemilik haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing, hanya Tuhan yang tahu betapa remuknya hati kalau dapat tahu anak bulus kesayangan hilang.

kucing hilang e1643425283396

Perasaan yang sama itu turut dirasai seorang wanita Jepun yang tinggal di Phuket, Thailand, selepas dua ekor kucing peliharaannya hilang tanpa jejak sejak November tahun lalu.


Lapor portal Thaiger, wanita Jepun yang tak didedahkan identitinya itu telah membawa empat ekor kucing kesayangannya dari Jepun. Dua daripada kucing terbabit diberi nama Goma, 5, dan Tama, 6.

kucing hilang 1 e1643425364178

Menurut pekerja wanita terbabit, mereka selalu melihat keempat-empat ekor kucing berkenaan di dalam rumah. Pun begitu, Goma dan Tama lari selepas pekerja penghantaran terlupa nak tutup balik pintu selepas selesai menjalankan tugas.

Tambah mereka lagi, Goma, Tama dan dua kucing lain milik tuan mereka memang takut dengan orang. Jadi, mereka akan lari balik jika ada orang yang datang dekat.

272441040 630282358238934 1883938693086156431 n e1643425408335

Disebabkan terlalu sayang, wanita terbabit difahamkan telah menghabiskan wang sekitar 300,000 baht (sekitar RM30,000) untuk menyewa papan iklan bagi memaparkan gambar Goma dan Tama yang hilang.

Tidak cukup dengan itu, wanita terbabit juga mendedahkan dia menawarkan 30,000 baht (kira-kira RM3,000) sebagai ganjaran bagi setiap seekor kucing untuk mana-mana individu yang berjaya membawa pulang Goma dan Tama.

Sumber: Thaiger

Baca: “Dia asyik pandang ikan di kedai jadi saya bagi 3” – Kucing Hilang 3 Hari, Balik Bawa Nota Hutang Dengan Muka Tak Bersalah

tabby4 e1643422354228

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.