in

Pembuluh Darah Pecah Punca Pelajar Lumpuh, Doktor Dedah Bukan Sebab Stres Belajar Tapi…

stres 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang seorang pelajar tajaan PETRONAS yang lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat saluran darah ke otak telah pecah. Menurut Berita Harian, pelajar itu sepatutnya tamat pengajian A-level di pada Mac akan datang sebelum melanjutkan pengajiannya ke United Kingdom.

Susulan itu, ramai netizen menyangka pembuluh darah pecah adalah disebabkan terlalu stres belajar namun Doktor Samhan melalui platform X telah menjelaskan punca sebenar saluran darah pecah terjadi.


Bukan sebab terlalu stres belajar, tapi..

Doktor Samhan yang juga pakar kesihatan lelaki mengatakan pembuluh darah pecah adalah disebabkan empat perkara iaitu aneurisme, tekanan darah tinggi, kencing manis dan trauma.

Artikel berkaitan: Stres bekerja, Lelaki Nekad Lari Masuk Hutan, Hubungi Bomba Lepas 6 Hari

Artikel bekaitan: Penduduk Kuala Lumpur Kemungkinan Terdedah Pada Masalah Kesihatan Mental & Stress?

Jika seseorang itu mempunyai tekanan darah yang terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan salur darahnya pecah. Selain itu, penghidap kencing manis juga berisiko tinggi kerana salur darah mereka yang mengembang sehingga membuatkan ia pecah.

Kalau ada masalah kencing manis, kondisi ini akan menyebabkan salur darah itu mengembang dan menjadi benjolan seperti belon yang ditiup dan menyebabkan pecah sebab salur darah itu terlalu nipis. Tetapi, bagi orang muda sangat jarang disebabkan oleh kencing manis atau darah tinggi.

Aneurisme paling bahaya!

Doktor Samhan berkata, aneurisme merupakan salah satu punca untuk pembuluh darah ke otak itu pecah. Pun begitu, tiada simptom yang berlaku terlebih dahulu dan ianya boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja.

Menurut Hospital Gleneagles, aneurisme otak merupakan gelembung kecil berisi darah dan boleh pecah sehingga menyebabkan kerosakan sel-sel otak di sekelilingnya.

stres 1
Sumber: X

Di ruangan balas, ramai netizen memberi pendapat mereka tentang tekanan darah tinggi yang mungkin berpunca daripada stres.

stres 2 stres 3

Moga kita semua diberikan kesihatan yang baik..

Sumber: X, Berita Harian, Hospital Gleneagles

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.