in

Pembida Aset Sajat Masih Gagal Dikesan, Harta Sajat Akan Dilelong Sekali Lagi!

page sajat new 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas kecoh hal pembida aset barangan usahawan kosmetik kontroversi iaitu Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman hilang, ramai pula kata lelaki itu adalah PA Aliff Syukri.

Belum reda dengan isu itu, peguam Zeti Zulkifli selaku wakil dari bekas stokis terbesar Sajat, OWA Resoures Sdn. Bhd. memberitahu bahawa pihaknya telahpun pergi ke mahkamah untuk mengetahui status dan juga tindakan susulan yang perlu dibuat.


peguam

Menurut K! Online, mahkamah akan memutuskan tarikh baru untuk lelongan baru dalam masa tujuh hari bermula semalam selepas pembida yang bernama Mohammad Syazwan  Ahmad Fiesol masih gagal dikesan selepas hilang sejak jam 4 petang semalam.

“Hal ini akan mendatangkan masalah kerana ramai lagi yang berminat untuk membida. Sebelum hilang, lelaki itu meletakkan deposit sebanyak RM5,000 dan ia akan dimasukkan ke dalam wang pampasan hasil jualan” – Zeti Zulkifli

Antara barangan yang akan dilelong semula terma­suk sebuah piano jenama Young Chang yang bernilai RM40,000, set bilik tidur, pendingin hawa, pelbagai jenis sofa, set pinggan ­mangkuk, lampu gantung, peralatan elektrik dan barangan mewah yang lain.

sajat 1

Sebelum ini, seperti yang ramai sedia maklum, proses lelongan yang berlangsung di kediaman Sajat di Jalan Polo, Kota Damansara telah melibatkan kira-kira 30 orang yang hadir kerana berminat dengan lelongan tersebut.

Sepanjang proses lelongan yang bermula semalam, hanya lapan orang dibenarkan masuk dalam satu  masa dan ianya berjalan dengan lancar dengan Muhammad Syazwan telah dipi­lih sebagai pembida utama kerana berjaya membuat bidaan paling tinggi untuk 40 barangan yang dilelong.

Baca: Lari Lepas Berjaya Bida Barang Lelongan Sajat, Ramai Syak Pembida PA Aliff Syukri?

pa datuk aliff pembida barang sajat

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.