in

Pemandu Van Biadap, Selamba Tanggalkan Tanda Parkir Khas Ibu Bapa Depan Sekolah

Screenshot 2024 03 22 161656

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang pemandu van sekolah telah mengundang kecaman pengguna media sosial apabila dia dikatakan telah menanggalkan tanda parkir yang dikhaskan untuk ibu bapa murid-murid pendidikan khas.

Dalam satu hantaran di Facebook, video itu turut memperlihatkan pemandu van itu telah menghalang kenderaan di hadapan sekolah.


Artikel berkaitan : Biadap! Residen Kondominium Di Puchong Buli Cleaner & Rempuh Pak Guard Dengan Motosikal

Artikel berkaitan : Biadap! Video Shuib Bulan Madu Dengan Watie Dibanjiri Komen Tak Senonoh

Dalam video berdurasi 37 saat,  pemandu van sekolah itu menanggalkan ‘bunting’ tanda parkir yang dipasang sebelum menggulung dan meletakkannya di atas tembok.

Difahamkan tempat parkir itu disediakan untuk memudahkan ibu bapa untuk mengambil anak-anak yang berkeperluan khas.

“Kebiasaannya anak-anak berkeperluan khas ini balik awal satu atau dua jam awal dari murid arus perdana. Namun apabila bulan puasa masa masa pulang mereka agak hampir.”

“Sebagai orang yang sempurna, seeloknya lebih bertolak ansur untuk pemandu van sekolah parkir jauh sedikit daripada biasa.”

Menerusi Kosmo!, difahamkan ada beberapa ibu bapa turut dihalau oleh pemandu van yang sama untuk tidak parkir di kawasan sekolah tersebut.

“Anak saya sekolah situ. Dah banyak kali buat aduan pasal pemandu van. Tak bertimbang rasa, sebab tak reti sabar sampai hon berkali-kali. Padahal ibu bapa nak hantar tak sampai lima minit.”

“Dari tahun lepas geng-geng van ini suka halau ibu bapa ambil anak-anak. Tak kira lah ibu bapa tu ambil anak aliran biasa atau berkeperluan khas. Siapa parkir situ mesti dia halau. Tak ada toleransi dan biadap. Lagak macam gengster.”

Dalam pada itu, difahamkan pernah juga berlaku pertengkaran sebelum ini tetapi ibu bapa hanya mengalah sahaja.

Sumber : Kosmo! Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.