Petang semalam, berlaku satu kemalangan yang membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 277.1 Lebuhraya Plus di Ipoh menyebabkan kematian empat beranak yang sedang membuat perjalanan dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.
Mangsa yang meninggal merupakan seorang pesara polis iaitu Rahim Ramli, isterinya Siti Petimah Omar dan dua anak perempuan mereka Nor Nadirah dan Nor Hamizah.
Mereka selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Tuan Haji Abdul Latiff awal pagi tadi.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1547238533127057408
Siasatan lanjut yang dibuat susulan kemalangan ini mendapati suspek yang merupakan pemandu treler terlibat dalam kemalangan menyebabkan 4 beranak maut ini rupanya mempunyai 13 rekod kesalahan trafik.
Memetik laporan dari Kosmo, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengatakan kesalahan ini telah direkodkan sejak 2008 hingga 2021 dan tiga daripadanya membabitkan kemalangan jalan raya.
Namun begitu, ujian saringan air kencing yang dibuat ke atas suspek berusia 34 tahun ini mendapati yang dia tidak berada di bawah pengaruh dadah.
Suspek telah ditahan dan akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapat perintah reman untuk siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”
Dikatakan, kemalangan yang berlaku semalam ini terjadi disebabkan treler yang membuat perjalanan dari Taiping ke Bukit Beruntung ini telah merempuh kereta Proton Persona yang dinaiki empat beranak tersebut dari belakang.
Harapnya keluarga mangsa terus kuat dan tabah…
Baca: Pokok Kelapa Sebabkan Wanita Kemalangan Sepanjang Jalan Teluk Kumbar Ditebang