in

Pemandu Teksi Cekik Darah, Paw Pelanggan Sebanyak RM950 Untuk 10KM!

Featured Pemandu Teksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dari dulu hingga sekarang, masalah yang menglibatkan pengangkutan awam tidak pernah habis. Baru-baru ini, tular pula masalah berkaitan dengan teksi.

Pemandu teksi memaksa pelanggannya membayar RM950 bagi jarak kurang daripada 10 kilometer! Ya, itulah yang dialami oleh dua lelaki malang warga luar baru-baru ini. Menurut hmetro, kejadian itu berlaku pada dua lelaki warga Bangladesh yang diperas ugut oleh seorang pemandu teksi ketika mereka menaiki kenderaan itu dari KL Sentral ke Setapak, pada Sabtu lalu.


Pemandu Teksi Caj Rm950 2 E1507336942708
gambar hiasan

Sumber polis memaklumkan, kejadian berlaku ketika mereka baru tiba dengan menaiki bas dari Kuala Terengganu.

“Pada mulanya dua lelaki tersebut ditawarkan oleh pemandu teksi itu untuk menaiki teksinya ke Setapak dengan kadar tambang RM50 seorang. Namun sebaik tiba di lokasi, pemandu teksi itu mengungut mangsa untuk membayar tambang sebanyak RM950,” katanya.

Kemudian, berlaku pertengkaran antara mereka bertiga, dan warga luar itu terpaksa akur untuk membayar caj sebanyak itu kerana bimbang dicederakan memandangkan pemandu teksi tersebut membawa senjata kayu dan besi di dalam teksinya.

Sebaik sahaja dari kejadian itu, dua warga luar tersebut mengambil jalan bijak dengan membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan.

Pemandu Teksi Caj Rm950 E1507339103633
sumber: hmetro

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut menerima laporan yang sama lalu segera melakukan operasi khas bagi mengesan pemandu teksi tersebut. Pegawai SPAD berjaya menahan pemandu teksi itu yang berusia 30-an di ibu kota.

Teksi yang digunakan oleh pemandu teksi tersebut turut disita bagi membantu siasatan.

Tidak kisahlah kita menaiki pengangkutan awam apa pun, hati-hati lah ye…

Baca: Lelaki Bangladesh Dibunuh Kejam Kerana Rakan Iri Hati Kuih Jualan Laris di Shah Alam

Bunuh Bangla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.