in

Pemandu Singapura Wajib Ada VEP Mulai 1 Oktober, Tak Boleh Keluar M’sia Jika Ada Saman Tertunggak

Ft Vep Anthonyloke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berkuatkuasa mulai 1 Oktober nanti, kesemua kenderaan asing dari Singapura wajib mempunyai Permit Masuk Kenderaan (VEP).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, peraturan tersebut dikuatkuasakan untuk pintu masuk di kedua-dua kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura.


Artikel berkaitan : Pokok Besar Tumbang Hempap Kenderaan & Landasan Monorel, Seorang Dilapor Meninggal Dunia

Artikel berkaitan : Lagi Insiden Pelanggaran Pesawat Di Jepun, Kali Ini Disebabkan Kenderaan Penunda Tergelincir

Jelas beliau lagi, penguatkuasaan VEP ini bertujuan untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan di jalan raya Malaysia sepenuhnya.

“Sejak April 2019, Kementerian Pengangkutan melaksanakan pendaftaran VEP bagi pemilik kenderaan warga asing yang melintasi Kompleks CIQ di Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor dan Kompleks CIQ di Bangunan Sultan Abu Bakar.”

“Bagi memastikan pemilik kenderaan warga asing mematuhi sepenuhnya peraturan jalan raya di Malaysia, Kementerian Pengangkutan ingin memaklumkan bahawa peraturan VEP akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 1 Oktober depan.”

“Sesiapa yang memandu kenderaan asing tanpa VEP sebelum memasuki Malaysia atau semasa berada di negara ini adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

Jelasnya lagi, jika sabit kesalahan, pesalah bakal berdepan dengan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan seperti termaktub dalam Seksyen 119 (2) Akta 333.

Tegas Loke lagi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai kuasa untuk melarang mana-mana kenderaan asing tanpa VEP memasuki Malaysia, selain menghalangnya daripada meninggalkan Malaysia jika terdapat perkara tidak dapat diselesaikan mengikut peruntukan di bawah Seksyen 66J Akta 333.

Kxdjxwir Buletin Tv3 M 30

“Ini bermakna jika mereka melakukan kesalahan jalan raya atau mempunyai saman tertunggak, mereka perlu menyelesaikannya terlebih dahulu sebelum meninggalkan negara ini.”

Jelasnya lagi, proses untuk mendapatkan VEP juga dipermudahkan dengan tag RFID VEP yang akan dihantar ke rumah selepas permohonan tanpa perlu datang ke Johor untuk mengambil tag tersebut.

Jumlah bayaran yang dikenakan sebanyak RM10 bagi setiap tag VEP yang mana ia sah selama 5 tahun.

“Semua pemilik kenderaan asing yang akan melintasi Tambak Johor dan Link Kedua Malaysia-Singapura boleh menggunakan masa yang ada sekarang sama ada untuk memperbaharui VEP yang tamat tempoh atau melengkapkan proses pendaftaran bagi mendapatkan VEP kenderaan masing-masing.”

“Mengikut rekod, hanya kira-kira 70,000 kenderaan bermotor berdaftar Singapura yang telah mendaftar dan mengaktifkan tag VEP berbanding lebih 200,000 kenderaan bermotor yang mendaftar tetapi belum menyelesaikan proses pemasangan dan pengaktifan tag VEP mereka.”

“Saya juga telah berkomunikasi dengan rakan sejawatan saya dari Singapura mengenai perkara ini.”

Beliau turut menjelaskan bahawa kelewatan penguatkuasaan VEP sepenuhnya adalah kerana banyak isu teknikal apabila sistem itu dibina pada 2019, selain daripada faktor Covid-19 yang turut menghalang perjalanan rentas sempadan.

Sumber : Buletin TV3  

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.