Kes langgar lari seperti tiada berkesudahan dan terima kasih kepada dashcam, kini lebih banyak rakaman kemalangan dan kes langgar lari berjaya dirakamkan.
Baru-baru ini, sebuah rakaman video melalui dashcam daripada sebuah kereta berjaya merakamkan tindakan seorang pemandu yang mahu lari selepas melanggar sebuah motorsikal.
Melalui video yang dimuat naik di Facebook, pemandu berkenaan baru sahaja melanggar sebuah motorsikal dan sedang melarikan diri. Kejadian berlaku berdekatan plaza tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Namun, tindakannya itu terbongkar secara terang-terangan apabila kereta berkenaan mengheret motorsikal yang telah dilanggarnya. Malah, pemandu berkenaan tidak berhenti dan meneruskan pemanduan. Takkan tak perasan kot..
Percikan api sangat jelas kelihatan ketika kereta itu mengheret motorsikal tersebut!
Boleh didengari melalui video itu kenderaan lain yang berada berdekatan membunyikan hon tanpa henti kepada pemandu tersebut.
Pemandu itu kemudian dilaporkan berhenti memandu selepas pengguna jalan raya yang lain membunyikan hon tanpa henti kepadanya.
Netizen yang menonton video itu rata-rata memerli pemandu tersebut. Ada juga yang turut menyatakan kebimbangan mereka tentang keadaan penunggang motorsikal itu.
Apa nama kereta ini ye? Sampai dalam pun tak boleh nak dengar bunyi dari luar. Saya guna Alza bunyi angin pun boleh masuk ke dalam. Kecuali bunyi kentut je tak akan dengar hingga luar,” komen seorang netizen.
Gila apa tak perasan? Plastik kalau sangkut dekat tayar pun boleh dengar inikan pula kau sagat motor atas tar haiyaaaaa. Melainkan dia buat disco dalam kereta,” komen seorang lagi.
Diharap penunggang motorsikal itu tidak cedera parah dan moga-moga pemandu tersebut mendapat hukuman yang setimpal.
Tonton video ini di bawah: