Mana yang korang lebih prefer naik teksi ke Grab? Admin tak kisah mana-mana, admin akan comparekan harga sebelum admin naik teksi or Grab. Tapi terpulang la dekat masing-masing korang nak naik yang mana satu kan? Asalkan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Tak gitu?
Rakam video pemandu Grab ambil penumpang
Viral di Twitter, video seorang pemandu teksi merakam seorang pemandu grab yang sedang mengambil penumpang di Johor Bharu. Dah kenapa nak rakam orang tengah ambil penumpang?
Sumber: Twitter
Dalam video tu, pemandu teksi ni pertikaikan pemakaian pemandu Grab tersebut. Tapi rata-rata penumpang memang takda masalah dengan pemakaian pemandu Grab, mungkin mereka ni ok je. Kalau penumpang nak comment, boleh je nanti comment dekat apps Grab selepas mereka sampai ke destinasi. Setahu admin Grab akan ambil kira setiap rating dan comment yang penumpang bagi pada pemandu Grab. Yela, untuk tingkatkan mutu Grab tersebut dan nak pastikan semua penumpang selesa.
Tak puas hati dengan sikap pemandu teksi
Rata-rata netizen yang tengok video tu pun turut melepaskan rasa tidak puas hati dengan sesetengah pemandu teksi. Mungkin sikap yang ditunjukkan pemandu teksi tersebut tak berapa nak nice dan menganggu pekerja lain mengambil penumpang. Kalau admin jadi penumpang tu, admin dah pelik dah kenapa pakcik ni rakam-rakam. Hehehe
Sumber: Twitter
Tak kurang juga, banyak juga netizen yang tak puas hati dengan harga tambang teksi yang terlampau mahal jika dibandingkan dengan harga tambang Grab.
Sumber: Twitter
Mungkin pihak teksi boleh pertingkatkan lagi mutu mereka sebab bagi admin tak semua teksi harga mahal cekik darah, mungkin sesetengah je dan perkara yang tak nice macam ni boleh effect pemandu lain. Tapi sekarang banyak juga pemandu teksi yang buat Grab. Bagi mereka tak salah kalau cuba buat dua-dua. So terpulang, korang boleh pilih nak naik teksi ke Grab ke, asalkan korang sampai dengan selamat!