Seorang pemandu wanita semalam berdepan detik-detik mencemaskan dalam hidupnya apabila kereta Toyota Vios yang dipandunya terbabas ke dalam tasik berdekatan pusat beli belah The Mines di Serdang.
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan kereta tersebut sedang tenggelam di dalam tasik berkenaan dan difahamkan, video itu telah dirakam oleh orang awam yang sempat melihat kejadian tersebut.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 3.30 petang semalam dan mangsa yang juga seorang pemandu e-hailing pada ketika itu sedang dalam perjalanan untuk mengambil penumpangnya di sebuah lokasi berdekatan dan keadaan pada ketika itu pulanya sedang hujan lebat.
@malaysiagazette Seorang pemandu e-hailing yang sedang dalam perjalan untuk mengambil penumpang di telah melalui detik cemas dan nyaris kehilangan nyawa apabila kenderaannya terbabas dalam tasik The Mines di sini. Bagaimanapun, mangsa seorang wanita tempatan berjaya keluar dari tingkap keretanya sebelum diselamatkan sebuah bot di lokasi kejadian. malaysiagazette MGViral
Artikel Berkaitan: “Ex sapa tu weh” – Individu Tunjuk Biawak Dalam The Mines, Netizen Anggap Ia Perkara Normal
Artikel berkaitan: Dulu Cantik & Meriah! Ini 5 Tempat Terbiar Di Sekitar Lembah Klang Yang Dikatakan ‘Keras’
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang iaitu Asisten Komisioner AA Anbalagan, mangsa mengatakan air bertakung ketika dia melalui kawasan kejadian dan hujan telah menyebabkan mangsa tidak perasan lalu tiba-tiba dia terbabas ke dalam tasik.
Walau bagaimanapun, mangsa berjaya keluar menerusi tingkap bahagian pemandu sebelum kenderaan tersebut sempat tenggelam di dalam air tasik sepenuhnya.
Wanita yang berusia 49 tahun itu kemudiannya diselamatkan oleh sebuah bot yang ada di tasik tersebut.
Sumber: Harian Metro, TikTok