in

Pemandu Axia Merah Bawa Barang Lebih Muatan Sudah Dikenal Pasti, Mengaku Ada Masalah Kesihatan – Polis

pemandu axia merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemandu kereta jenis Perodua Axia merah yang tular membawa muatan berlebihan di jalan Dengkil-Banting, Sepang, Selangor sudah dikenal pasti oleh pihak polis.

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis mengesan video tular di Facebook kira-kira jam 10 pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pemandu tersebut ditemui kira-kira satu jam selepas itu di Jalan Dengkil-Banting.

Artikel berkaitan: “Ni bukan sebab pindah” – Tular Axia Merah Angkut Barang Atas Kereta, Netizen Dakwa Ini Bukan Kali Pertama

Artikel berkaitan: Lelaki Pandu Kereta Axia Pusing Beratus Kali Di Bulatan Ada Penyakit Skizofrenia

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan yang juga warga tempatan berusia 59 tahun mempunyai lesen memandu yang sah manakala kenderaan terbabit juga mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap.

“Siasatan turut mendapati pemandu berkenaan pernah terbabit kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu hingga menyebabkan dia mengalami masalah di bahagian kepala. Alasan diberikan (dia) tidak berapa sihat (berhubung kejadian),” katanya.

@nik_norlly85

Axia merah power , lain macam.#axiamerahpower #axia #axiamerah #barangaxia2025

♬ 搞笑滑稽搞怪 – MrM

Katanya, lelaki berkenaan sudah dijamin oleh keluarganya dan kereta berkenaan ditahan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tujuan pemeriksaan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, beliau berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan kereta yang dipandu membawa muatan berlebihan seperti sampah, bakul, rangka katil dan beberapa barangan lain yang turut diikat di atas bumbung kereta.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.