in

Pemakai Mahu Saman Apple, Dakwa Apple Watch Boleh Akibatkan Kecederaan Serius

2aw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengguna Apple Watch mungkin berdepan risiko kecederaan serius. Dakwaan ini wujud selepas seorang pengguna telah mengalami kecederaan serius ketika memakainya.

Screenshot 2021 12 12 at 12.01.42 PM

Memetik laporan NY Post, kejadian berlaku kepada Chris Smith yang ketika itu sedang bermain golf. Apple Watch yang dipakainya telah pecah dan ‘menghiris’ lengannya selepas cermin pemuka tiba-tiba pecah dan mendedahkan sudut yang tajam pada jam tangan pintar itu.


Screenshot 2021 12 12 at 12.11.00 PM

Luka akibat kejadian itu telah memotong salah satu urat pada lengan Smith. Akibat daripada kejadian itu, beliau dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Screenshot 2021 12 12 at 12.11.08 PMSmith telah melantik seorang peguam untuk menfailkan saman terhadap syarikat pengeluar peranti paling popular dunia, Apple Inc. Dalam saman itu, peguam mendakwa bateri jenis lithium-ion itu berpotensi untuk kembung sekaligus menolak keluar skrin utama jam tangan pintar itu dan berisiko untuk mencederakan pemakai.

Walaubagaimanapun, Apple masih tidak memberikan sebarang respon ke atas kejadian itu walaupun mereka sedar akan kejadian-kejadian yang hampir sama yang pernah dilaporkan dari orang ramai.

 

Baca: Belum Ada Produk Apple & Tengah Kumpul Duit? Sewa Je Dulu iPhone Dari Kedai Ini

f1 sewa iphone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.