Baru-baru ini, isu mengenai Kampung Baru, Kuala Lumpur telah mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Baginda menitahkan agar pembangunan di kawasan tersebut mengambil kira kepentingan orang Melayu untuk waktu ini dan juga untuk jangka masa panjang.
Ini kerana, ia memainkan peranan penting kepada kelangsungan dan maruah orang Melayu di Kuala Lumpur. Bahkan, baginda turut bertitah bahawa baginda sendiri pernah menetap dan bersekolah di Kampung Baru saat Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi Raja Muda Selangor.
Pendek kata, baginda tiada halangan jika dibangunkan tetapi syaratnya haruslah jelas dan berpihak kepada orang Melayu.
Artikel berkaitan : “Kami nak tanah warisan dikekalkan” – Rafidah Ibrahim Dakwa Penduduk Tak Mahu Duit Pemaju
Artikel berkaitan : Tiada Tanda Amaran, Pemaju Didenda RM1,000 Selepas 2 Beradik Maut Rempuh Tong Roro
“Pemaju dari Singapura, dah boleh berambus” – Rafidah Ibrahim
Susulan itu, pelakon dan aktivis penduduk Kampung Sungai Baru, Rafidah Ibrahim ada memuat naik satu hantaran berhubung dengan titah Sultan Sharafuddin Idris Shah tersebut.
Rafidah yang mewakili penduduk di situ mengucapkan ribuan terima kasih buat baginda berikutan dengan sokongannya terhadap Kampung Baru.
“Daulat Tuanku, patik Rafidah Ibrahim, anak jati Kampung Sungai Baru, Kampung Baru dan Penduduk Kampung Sungai Baru ingin mengucapkan terima kasih atas penjelasan dan sokongan daripada pihak tuanku.”
Dalam pada itu, Rafidah turut menegaskan bahawa Kampung Sungai Baru ini memang terletak di Kampung Baru dengan melampirkan bukti.
“Sebelum korang nak spin yang Kampung Sungai Baru bukan berada di dalam Kampung Baru, Datuk Seri Johari Ghani, mengakui wujudnya gazet 155, 16 Februari 1932 di mana Kampung Sungai Baru adalah di dalam rezab Malay Agricultural Settlement (MAS).”
View this post on Instagram
Susulan itu, Rafidah memberi amaran tegas kepada pemaju dari negara luar serta Perbadanan Kampung Baru dan Lembaga MAS untuk menunggu tindak lanjut daripada penduduk-penduduk Kampung Sungai Baru.
“Pemaju dari Singapura, dah boleh berambus daripada Kampung Sungai Baru, kepada Lembaga MAS dan Perbadanan Kampung Baru, tunggu tindakan daripada penduduk Kampung Sungai Baru, Insya-Allah tak lama lagi Kampung Sungai Baru akan peroleh kemenangan.”
Sumber : Harian Metro, Instagram