Peminat sukan bola sepak pasti mengenali bintang dari Brazil, Neymar Jr. Pemain yang mempunyai skill yang mengkagumkan itu memang amat menghiburkan bila beraksi atas padang dengan gelecekan lincahnya.
Namun, nama pemain pemain itu kerap menghiasi laporan media dengan berita-berita yang kurang enak tentang dirinya.
Terkini, bintang kelab Paris Saint-German itu dilaporkan ditahan selepas bergaduh dengan seorang pengunjung sebuah kelab malam di Rio de Janeiro, Brazil. Memetik laporan mstar, Neymar dikatakan menghadiri konsert artis Brazil, Thiaguinho di bandar itu sebelum bertengkar dengan individu lain di kelab malam.
Hasil dari pertingkaran itu telah menyebabkan beberapa orang menjerit dan menolak. Ini sekali gus memaksa pengawal keselamatan kelab malam untuk campur tangan.
Kejadian ini terjadi dalam tempoh beberapa minggu selepas pemain sayap Brazil itu menghadapi masalah dengan pihak berkuasa tempatan Mangaratiba, sebuah bandar pantai di Brazil di mana beliau telah membina sebuah tasik buatan. Pembinaan tasik buatan di rumah agamnya dilaporkan menyalahi undang-undang, dan dikenakan denda sebanyak USD 3.3 juta (bersamaan kira-kira RM15 juta) oleh pihak berkuasa.
Sebelum itu, nama Neymar juga terpalit dengan skandal perselingkuhan antara pasangannya yang menjadi bualan media.
Baca: “Selalu orang minta sign je” – Netizen Seronok ZeemAhmad Dapat Jumpa Neymar, Siap Bagi Hadiah Lagi