Rasanya sudah berkali-kali kerajaan mahupun NGO yang berkaitan beri peringatan supaya pemandu kat luar sana jangan ‘drink and drive’. Pemandu mabuk ni sangat bahaya kerana mereka ada peluang tinggi untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Baru-baru ni, seorang gadis berkongsi kisah tragis yang melibatkan ibu bapanya apabila mereka terbabit dalam kemalangan sebanyak 2 kali dalam 1 hari yang disebabkan oleh pemandu yang mabuk! Allahuu… Ini apa yang diceritakannya.
Kemalangan pertama (pagi) – Kereta ayah dilanggar penunggang motosikal di simpang
Menerusi posting gadis bernama Nelisain di Twitter, semuanya bermula apabila ayahnya terlebih dahulu terlibat dalam kemalangan di persimpangan jalan ke arah KUSESS pada waktu pagi. Penunggang motosikal tu dikatakan tiba-tiba keluar dari arah bertentangan tanpa berhenti terlebih dahulu dan merempuh kereta ayahnya.
Nak menambahkan drama, penunggang tu dahlah tak ada lesen dan tak pakai helmet, lepas tu tiba-tiba bos kepada penunggang motor ni pulak memarahi ayah Nelisain tanpa sebab. Adoi!
Kemalangan kedua (malam) – Kereta sekali lagi dilanggar pemabuk hingga wajah ibu lebam dan hidung berdarah
Disebabkan kereta ayahnya dah masuk bengkel pagi tadi, jadi parents Nelisain terpaksalah tumpang kereta sepupu yang jugak ‘pomen’ untuk pulang ke KL. Dalam perjalanan pulang ke KL, sekali lagi kemalangan berlaku.
Kali ni seorang pemabuk langgar belakang kereta Myvi yang dibawa ayahnya sampai berpusing. Malang bagi ibunya, wanita itu mengalami kecederaan teruk di muka dan hidung. Mujurlah selamat tak ada apa-apa.
“Ayah cium dahi ibu, cakap sorry dan beritahu dia akan okay. Ini buat saya menangis”
“Tolonglah jangan drink and drive. Ibu bapa aku jadi mangsa jenayah ini”
Kepada pemandu kat luar sana, beringatlah sebelum terkena. Jangan minum dan lepas tu bawa kereta. Kalau berlaku kemalangan, kesian kat mangsa yang tak bersalah. Hati-hati di jalan raya gais!