in

“Pelupa teroks ni!” – Doktor Buang 23 ‘Contact Lens’ Dari Mata Pesakit, Sampai Ada Dah Bertukar Hijau!

contact lens

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang pakai contact lens ni, pernah tak korang terlupa nak tanggalkan contact lens korang lepas pakai?

Min pernah dengar kawan min cerita dia terlupa bukak contact lens sampai semalaman, esok bangun mata merah tapi syukur masih boleh keluarkan macam normal.


Kalau semalaman je dah boleh sebabkan mata merah dan rasa tak selesa, macam mana pulak ye kalau dah biarkan contact lens tu berbulan-bulan dalam mata?

Begitulah apa yang dikongsikan seorang doktor pakar mata mengenai seorang pesakit yang datang menemuinya dengan masalah mempunyai contact lens yang sukar dikeluarkan dari mata.

https://www.instagram.com/p/CjIzDvzrP2Y/?utm_source=ig_embed&ig_rid=0bd3452b-805c-4b9c-9a3f-56fbddc3b6ba

Lebih mengejutkan, bukan sepasang dua tau contact lens yang melekat kat mata pesakit ni tapi 23 pasang!

Berkongsi menerusi satu akaun Instagram, Dr Katerina Kurteeva ada memuat naik satu video mengenai kisah pesakit ini. Dengan kapsyen, ‘Jangan Tidur Sambil Pakai Contact Lens’, doktor ini menunjukkan bagaimana dia mengeluarkan kesemua contact lens dalam mata pesakit tersebut dengan menggunakan Q-tip.

“Dengan berhati-hati, saya menggunakan peralatan bedah yang sangat kecil dan forseps tukang emas untuk mengasingkan setiap satu contact lens. Kesemua 23 pasang seperti melekat antara satu sama lain selepas berbulan-bulan dibiarkan,” tulisnya.

309673501 137558535682051 6656595386391103480 n e1665801689756

Min tak boleh nak share video tu kat sini sebab takut ada yang termuntah pulak. Tapi kalau korang yang kental nak tengok tu, boleh klik SINI.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial garu kepala membaca perkongsian doktor ni kerana masing-masing cuba untuk faham bagaimana ada yang boleh tertinggal hingga 23 PASANG contact lens.

Tak kurang juga ada yang berkata mungkin pesakit mempunyai masalah dementia yang mengakibatkannya lupa.

Sumber: IG @california_eye_associates

Baca: [Video] Mata Gadis Bertukar Jadi Biru, Terkena Jangkitan Akibat Terlampau Lama Pakai Contact Lens

FT LENS FINAL e1665800590218

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.