in

“Pelik tapi benar” – Peguam Syarie Dedah Ada Pakcik Nak Nikah Dengan Anak Buah Sendiri

Syaz Ft 2024 09 12T114257.441

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes berkenaan pedofilia saban hari semakin didengari berlaku di negara kita dan ia sudah pastinya amat merisaukan.

Seorang peguam syarie menerusi TikTok miliknya mendedahkan pengalamannya bertemu dengan individu yang ingin berkahwin dengan anak kepada kakaknya atau anak saudaranya sendiri.


Artikel berkaitan: Abang Bas Menangis Ketika Didakwa Lakukan Amang Seksual Kanak-kanak

Artikel berkaitan: Wanita Terpaksa Gugur Anak Ke-3 Lepas Tahu Suami Pedofilia, Bapa Pernah ‘Usik’ Anak Sulung Perempuan

Peguam, Hasanah Johari berkongsi remaja itu berusia 18 tahun manakala pak ciknya pula berusia 37 tahun, kedua-dua mereka datang ke untuk konsultasi berpoligami kerana keluarga tidak setuju.

@hasanahjohari

KISAH PELIK TAPI BENAR | BY HASANAH JOHARI. DISCLAIMER : BUKAN TUJUAN MENGAIBKAN TAPI NAK BERIKAN PENGAJARAN SEBAB SEKARANG RAMAI ENABLERS YANG RASA ELOK SAJA PAK SAUDARA RAPAT DENGAN ANAK SAUDARA TANPA BATASAN. AKIBATNYA ANAK SAUDARA TERSUKA DENGAN PAKCIKNYA SENDIRI SEHINGGA NAK KAHWIN SPT KES INI. HUKUM SYARAK MALAH UNDANG2 TELAH MENETAPKAN PERKARA INI ADALAH HARAM !!! STOP GROOMING CHILDREN!! STOP PEDOFILE BANGSAT!! #nasihatkehidupan #infosyariah #ketahuihakanda #hja @Halim Zaidi @izatirsln @Peguam Syarie Alpha @faraway

♬ The Sound of Your Fear slowed – Ghost Experiences

“Bukan tujuan mengaibkan tapi nak berikan pengajaran sebab sekarang ramai enablers yang rasa elok saja pak saudara rapat dengan anak saudara tanpa batasan.

Akibatnya anak saudara tersuka dengan pakciknya sendiri sehingga nak kahwin seperti kes ini. Hukum syarak malah undang-undang telah menetapkan perkara ini adalah haram,” tulisnya di kapsyen.

Perkongsiannya di TikTok itu juga bertujuan mengingatkan agar rakyat lebih cakna mengenai antun kanak-kanak atau child grooming yang kini semakin berleluasa di negara kita.

Peguam tersebut turut berkongsi kisah ini menerusi aplikasi X dan dia mendedahkan ‘pasangan’ itu sudah lama saling berkenalan, mereka berdua bagaimanapun tidak mengetahui bahawa hubungan mereka itu hukumnya haram.

Cats 8

Semoga kita dijauhkan lah kes macam ni…

Sumber: TikTok, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.