in

Pelik! Cipta ‘Perfect Life’ Kat Media Sosial Dengan Curi Gambar Anak Orang

cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang kat dunia ni pasti mengimpikan kehidupan yang ‘perfect’ dan bahagia. Tapi yang peliknya ada pulak sejenis manusia yang sanggup curi gambar orang lain demi nak tunjuk kehidupannya bahagia dan indah di media sosial. Ish, ish, ish!

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang ibu bernama Ereka terkejut terima direct message daripada rakan yang beritahu gambar anaknya ada dekat Facebook orang lain. Lagi pelik, nama anaknya pulak dah bertukar daripada Razeef Amzar ke nama Luth. Aik macam mana tu? 


37956635 10212950957035988 7212193535385141248 n
Sumber: Facebook
38033458 10212950957475999 7133992325637734400 n
Sumber: Facebook
38200059 10212950956515975 4097126624011485184 n
Sumber: Facebook

Lebih menakutkan, hampir kesemua gambar anak Ereka ada di Facebook wanita misteri tu hinggakan video anaknya dimandikan semasa kecil pun ada dalam page Facebook tersebut menggunakan kapsyen yang seolah-olah budak tu memang anaknya sendiri. Ahhh scarynya! 

37993813 10212950957876009 3829547739109130240 n
Sumber: Facebook
38064069 10212950958196017 1244014131707641856 n
Sumber: Facebook

Ereka menganggap wanita tersebut sebagai pelik dan sedang mencipta versi kehidupan ‘perfect’ dengan mencuri gambar daripada orang lain.

38065540 10212950958876034 192386024867889152 n
Sumber: Facebook

Kecewa dengan situasi yang menimpa, ibu ini menyampaikan pesan buat si pencuri gambar anaknya. Bagi Ereka, tak ada faedah cuba create hidup perfect kat media sosial ni. Lebih baik upgrade diri dengan mendekatkan diri dengan Allah.

37991209 10212950960436073 6393581582040432640 n
Sumber: Facebook

Posting ni mendapat pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata merasakan wanita misteri tersebut seorang psiko dan sangat menakutkan. Tapi ada jugak yang buat spekulasi konon wanita tu ada masalah mental dan baru kehilangan anak bernama Luth. Hmm kesian pulak kalau betul kan? 

komen net
Sumber: Facebook

Apa-apapun admin harap ibu bapa kat luar sana berhati-hatilah kalau nak post gambar anak kat media sosial. Takut-takut jadi macam ni pulak. Lagi bahaya kalau gambar anak jatuh ke tangan pedofilia! 

Baca: “Sambil kita cuci mata, ada yang curi cahaya mata kita” – Wanita Kongsi Pengalaman Berdepan Dengan Bangla Pedofilia di Tesco

pedo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.