Baru-baru ini, jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa ada berkongsi sebuah video menunjukkan dia memberikan bantuan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) dan peniaga kecil di tepi jalan. Bagaimanapun, terdapat netizen di media sosial yang berasa kurang senang dengan tindakannya merakamkan aktiviti itu.
Melalui ruangan komen di Instagram, seorang netizen dilihat menegur Alha dan berkata seharusnya dia menjaga aib penerima bantuan. Katanya membantu itu memang sangat bagus namun tidak elok dirakam dan dimuat naik di media sosial.
Sebenarnya bagus niat nak bantu, tapi kalau boleh lebih baik jangan dirakam. Jagalah aibnya even dia OKU dia masih punya hati dan perasaan bang.”
Sedih dan malu bila dirakam dan post di laman sosial. Nak buat baik, tak salah. Tapi lebih baik hanya Allah je yang tahu.”
Dihubungi mStar, Alha berkata dia sedar ada yang berkata membantu orang dalam kesusahan tidak sesuai dijadikan content. Bagaimanapun, niatnya baik kerana mahu memberikan kesedaran kepada orang lain.
Saya ada nampak beberapa artis yang muat naik status mengatakan jangan jadikan orang dalam kesusahan sebagai content di laman sosial.”
Ada juga netizen yang komen larang saya kongsi content sebegitu. Tapi niat saya kongsi bukan nak viral atau mengaibkan orang susah. Ia sekadar perkongsian biasa saya buat hari-hari.”
Katanya lagi, tindakannya merakam dan muat naik itu secara tidak langsung akan membuatkan orang lain terdetik mahu membantu sesiapa yang memerlukan ketika ini.
Meskipun dikritik dan ditegur sebegitu, Alha berkata perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus menghulurkan bantuan buat golongan yang sedang dalam kesusahan.
Saya pelik juga, bila ustaz Ebit Lew kongsi dia tolong orang…ada program TV seperti Bersamamu bantu golongan susah itu boleh pula orang terima. Tapi bila saya kongsi, kena kecam pula.”
Saya kongsi itu pun untuk menarik ramai lagi orang membantu golongan susah. Kalau saya buat senyap-senyap, kata saya tak pernah hulur bantuan pula. Nanti kata dah kaya…tayang kereta dan rumah tapi taknak bantu orang.”