Berita baik kepada semua pembayar cukai! Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengumumkan pelepasan cukai bagi ujian pengesanan COVID-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas diri sendiri, pasangan suami isteri serta anak.
Dalam laman web LHDN, dua sub kategori baru telah ditambah dalam kategori perbelanjaan perubatan menerusi kenyataan pelepasan cukai bagi setiap pemaustatin dan boleh dituntut sehingga RM 1,000.
Perbelanjaan perubatan utama yang boleh dituntut sehingga RM8,000 itu juga merangkumi perbelanjaan perubatan untuk penyakit serius untuk rawatan keluarga.
Vaksinasi Covid-19 juga boleh mendapat pelepasan cukai jika dibayar sendiri
Dalam dua sub kategori tersebut vaksinasi untuk Covid-19 juga termasuk dalam senarai vaksinasi yang boleh mendapat pelepasan cukai jika dibayar sendiri.
Antara vaksinasi lain yang termasuk adalah;
- Pneumococcal;
- Human papillomavirus (HPV);
- Influenza;
- Rotavirus;
- Varicella;
- Meningococcal;
- Kombinasi TDAP (tetanus-diphtheria-acellular-pertussis)
- Coronavirus Disease 2019 (Covid-19)
Langsaikan cukai ok!
Musim pandemik ini pastinya ramai orang telah membelanjakan wang untuk ujian Covid-19 atau pemeriksaan perubatan lain, jadi jangan lupa simpan resit atau bukti pembelian tau!
Failkan cukai anda sebelum tarikh akhir pada 31 Mac 2022 untuk taksiran tahun 2021!
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri
Baca: Mengejutkan! Rupanya Masih Ramai Keliru Tentang Cara Sebenar Baca Keputusan Kit Ujian Kendiri