Seorang pelawak Jepun telah menimbulkan kontroversi apabila beliau meramalkan pandemik Coronavirus ini akan menguntungkan industri pelacuran apabila ramai gadis akan terpaksa menjadi pelacur selepas semua ini berakhir.
Takashi Okamura membuat kenyataan ini di sebuah rancangan radio All Night Nippon selepas menerima luahan daripada pendengar radio yang menceritakan dia tidak dapat lagi singgah ke rumah urut kerana banyak kedai yang tutup selepas penyebaran Covid-19 di Jepun.
Mendengarkan luahan tersebut, Okamura menjawab;
“Simpan duit anda kerana selepas krisis ini tamat, ramai gadis akan memasuki industri seks sebagai pelacur”
Kenyataan ini tular di Jepun dan menerima pelbagai reaksi daripada para pendengar radio tersebut.
Beberapa pihak turut bersetuju dengan Okamura dan menganggap kenyataan tersebut tidak mendatangkan apa-apa kesan buruk kepada para wanita. Malah, turut ada segelintir yang merasakan kenyataan Okamura itu ada kebenarannya.
Syarikat penyiaran Nippon tampil memohon maaf secara terbuka selepas kenyataan Okamura ini mendapat pelbagai reaksi negatif daripada rakyat Jepun.
“Coronavirus telah mendedahkan banyak keburukan, ini adalah terburuk yang saya pernah lihat” – Komen pendengar
Okamura juga memohon maaf kepada umum dengan mewakilkan agensinya untuk tampil membuat kenyataan media.
Kredit: SCMP
BACA: Terlalu Cepat Tamatkan Lockdown, Pulau Hokkaido Di Jepun Hadapi Gelombang Kedua Jangkitan Covid-19