Disebabkan Malaysia adalah merupakan salah satu negara beriklim tropikal, memang tak hairanlah kalau kita sering digigit nyamuk kan? Lagi-lagi waktu tengah beriadah dekat luar waktu malam.
Namun begitu, kita tak sepatutnya ambil mudah dengan gigitan nyamuk ini kerana serangga kecil ini boleh membawa pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan maut!
Macam baru-baru ni, seorang wanita berusia 21 tahun yang merupakan pelatih juruterbang untuk penerbangan komersial di Belgium telah meninggal dunia selepas digigit nyamuk.
Memetik laporan dari BBC, Oriana Pepper telah dikejarkan ke hospital selepas dia digigit nyamuk di atas mata kanannya selepas gigitan tersebut menjadi bengkak dan dijangkiti.
Disebabkan ini, doktor di sana telah memberikan antibiotik kepada Oriana sebelum dia dibenarkan untuk pulang ke rumah dan dua hari kemudian dia sekali lagi dikejarkan ke hospital selepas tiba-tiba jatuh pengsan.
Tiga hari selepas dirawat di hospital, wanita malang ini kemudiannya disahkan meninggal dunia kerana mengalami emboli septik dalam otak yang menghalang saluran darah akibat dari bakteria yang dipanggil staphylococcus aureus disebabkan oleh gigitan serangga.
Koroner Nigel Parsley yang menyiasat kematian Oriana ini telah kongsikan kenyataan menyatakan bahawa kematian wanita ini sangat jarang berlaku selepas membuat kesimpulan kematiannya “disebabkan oleh jangkitan serius akibat gigitan serangga di dahi”.
Saya tak pernah tengok kes seperti ini. Ia merupakan salah satu tragedi malang berlaku ke atas wanita muda yang bakal mempunyai kerjaya dan kehidupan yang indah di hadapannya.”
Apa-apa pun, harapnya korang boleh lebih berhati-hati lepas ni dan pastikan rumah korang bersih dari pembiakan nyamuk okay?
Baca: “Nyamuk tengah tengok ni” – Netizen Terhibur Tengok Perkongsian Cara Sebenar Pukul Nyamuk