in

“Pelapis TokTi!” – Vokal Luar Biasa, Netizen Kagum Dengan Bakat Anak Buah Siti Nurhaliza

Umai Anak Buah Siti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, itulah perumpamaan yang sesuai dengan video yang tular baru-baru ini.

Anak kepada Siti Sairah Tarudin yang juga anak buah kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza menunjukkan bakat luar biasanya di satu pentas uji bakat pertandingan antarabangsa.


Artikel berkaitan: “Dah Ada Pelapis Penyanyi Irama Malaysia Ni” – Kanak-Kanak Lelaki Penyeri Majlis, Nyanyi Lagu Lemak Manis

Artikel berkaitan: Berduet Dengan Penyanyi Asal Lagu ‘Lemak Manis’, Gelagat Adik Arfa Curi Tumpuan Netizen

Dalam video yang dikongsikan oleh ibunya, Siti Sairah yang juga berbakat dalam nyanyian itu kelihatan Ummi Umairah atau lebih mesra disapa Umai mendendangkan sebuah lagu berbahasa Cina dalam pusingan separuh akhir World Championship of Performing Arts (WCOPA).

@sitinursairahtarudin

SEPARUH AKHIR ROAD TO HOLLYWOOD WCOPA ZHENG FU by Umai ❤️ @mayjsu DOAKAN UMAI BERJAYA YA 💪❤️ #ROADTOHOLLYWOOD #WCOPA #WCOPA2024 #fypシ #fyp

♬ original sound – sitisairahtarudin – sitisairahtarudin

Umai yang berbusana batik itu menyanyikan lagu berjudul Zheng Fu yang juga pernah dinyanyikan oleh penyanyi ternama tempatan, Shila Amzah dalam satu pertandingan nyanyian.

“Meremang dengan suara Umai” 

Persembahannya itu bukan sahaja membuat penonton di situ kagum malah netizen yang menyaksikan rakaman persembahannya itu turut memberikan pujian yang tinggi kepada kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun itu.

1 6

Sebagai info, WCOPA merupakan pertandingan seni persembahan yang menggunakan format seperti Olimpik dan menjadi salah satu pertandingan yang dinanti-nantikan oleh penggiat seni tempatan.

Antara nama besar tempatan yang pernah menyertai kejohanan itu termasuklah Aina Abdul, Allahyarham Siti Sarah serta Fanzi Ruji.

Good luck Umai!

Sumber: TikTok, WCOPA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.