in

Pelanggan Yang Tak Mahu Tauge Dalam Makanan Mereka Di Kedai Ini Akan Dikenakan Caj RM1

F1 Tak Nak Tauge Kena Bayar Rm1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada sesetengah orang memang tak minat makan sayur, terutamanya tauge. Jadi, apabila mereka makan di restoran dan menu yang dipesan itu ada tauge seperti mihun sup, mereka akan minta khas kepada pekerja kedai itu bahawa mereka tak nak tauge.

Namun, sebuah kedai makan di Singapura ini pula telah mengenakan caj sebanyak 50 sen SGD (lebih kurang RM1.72 jika ditukar ke Ringgit) untuk pelanggan yang meminta tidak mahu tauge dalam makanan yang dipesan mereka.


1

Memetik laporan AsiaOne, kedai yang terletak di pusat membeli belah Fajar, Singapura itu menjual pelbagai makanan seperti kek lobak merah, char kway teow dan telur dadar tiram.

Di depan kedai itu, terdapat notis yang tertampal yang tertulis dalam bahasa Mandarin bahawa caj lebihan akan dikenakan kepada permintaan khas pelanggan.

Artikel Berkaitan : Dikecam Menu Telur Dadar ‘Premium’ RM13, Peniaga Beri Penjelasan Kenapa Jual Harga Mahal

Contohnya, caj $2 akan dikenakan untuk yang mahukan makanan laut tambahan, $1 pula untuk yang mahu telur extra dan 50 sen kepada pelanggan yang mahukan tauge extra.

2

Namun, apa yang menjadi perhatian ialah, caj 50 sen juga dikenakan untuk pelanggan yang tak mahu tauge dalam makanan mereka.

Walaupun ramai yang rasa caj tambahan untuk pelanggan yang tak mahu tauge itu tak logik, namun ada juga yang berpendapat mungkin makanan itu dimasak sekali gus dalam kuali besar, jadi apabila ada pelanggan yang tak nak tauge, pemilik kedai perlu masak makanan itu secara berasingan.

Logik jugak tu…

Sumber: AsiaOne

Sumber: AsiaOne
Sumber: AsiaOne

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.