in

Pelanggan Naik Angin Di Stesen Minyak Tak Tentu Pasal, Ingatkan BUDI95 Boleh Isi Minyak ‘Free’

ft isi minyaj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, BUDI95 telah pun dilaksanakan sepenuhnya hari ini di mana seluruh rakyat Malaysia boleh menikmati subsidi petrol jenis RON95 untuk RM1.99 seliter dengan kadar 300 liter sebulan.

Bagaimanapun, ada yang salah tafsir dengan perlaksanaan ini dan menganggap bahawa ia adalah bantuan minyak secara percuma. Seorang juruwang dari sebuah stesen petrol kongsikan pengalaman ini ketika berdepan dengan seorang pelanggan wanita pada Ahad lalu.


Artikel berkaitan : Rakyat Malaysia Boleh Semak Kelayakan Subsidi Petrol RON95 Mulai Hari Ini

Artikel berkaitan : “Boleh ulang-alik Kodiang 6 kali sebulan!- Ramai Persoal Kuota RON95 300 Liter Sebulan Tak Cukup, Ini Respon Netizen

 

“Penat aku explain kat dia”

Jelasnya, ketegangan mula timbul saat pelanggan wanita itu ingin membuat pembayaran ketika mengisi minyak.

Pada waktu juruwang tersebut bertanyakan jika pelanggan itu mahu membayar menggunakan kaedah tunai atau menerusi eWallet, pelanggan tersebut terus terkejut kerana menyangka program BUDI95 ini sama seperti bantuan MySara yang memberikan kuota percuma buat orang awam.

Screenshot 2025 09 30 121200

“Penat aku explain dekat dia, masih tak faham. Dekat mana kerajaan nak bagi free 300 liter kak oi?”

Jelasnya lagi, disebabkan tahu masih perlu membayar pada harga yang telah ditetapkan, pelanggan itu terus membatalkan hasratnya dan berlalu pergi.

“Yang aku geramkan sangat, boleh pula kak tu salahkan aku sebagai juruwang sebab dia tak dapat tebus minyak macam MySara tu. Benda ni subsidi, akak tu tahu ke makna subsidi.”

Menurut mStar Online, perkongsian tersebut telah mendapat tumpuan netizen dan menerusi ruangan koman, dilihat seperti masih ramai yang tak faham dengan program BUDI95 ini.

Screenshot 2025 09 30 121042

Sebagai info, BUDI95 adalah satu inisiatif program pelaksanaan petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 berbanding RM 2.05 seliter dengan kuota sebanyak 300 liter sebulan.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.