Apabila tibanya bulan puasa ini, mesti ada dalam kalangan kita yang tak sabar nak pergi ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka. Cuba korang share apa yang korang selalu beli dekat bazar?
Bagaimanapun, dengan rasa seronok dan teruja itu, ada kalanya kita berdepan dengan pengalaman yang tidak baik seperti posting yang tular baru-baru ini.
Seorang individu telah memuat naik beberapa gambar ke laman Facebook sambil meluahkan rasa kecewa terhadap makanan yang dibelinya di bazar Ramadan.
https://www.facebook.com/shahrulidzafa.hisham/posts/pfbid0obdtKE8KbgmLC4fFTCLHMALMafr55xMvkqtn9bjoswpc63ir9twZ9qYpqLbz4cSWl
“Kau susun elok-elok bertingkat. Sedap bau, sampai rumah nak hidang habis rentung rupanya. Dugaan puasa pertama. Nak carut hilang pahala, nak pulang rasa tak berbaloi. Ngap (makan) jela buka nanti..” tulis lelaki tersebut di perkongsian itu.
Melalui perkongsian tersebut dapat dilihat murtabak yang dibelinya itu hangit dan hitam, namun peniaga tersebut bertindak untuk menyusun hidangan itu secara bertingkat.
Difahamkan, ketika membeli peniaga tersebut telah pun siap sedia membungkus murtabak itu dengan elok untuk semua pelanggan yang mahu membeli.
Namun, apabila lelaki itu tiba di rumahnya dia terkejut melihat keadaan murtabak itu selepas diterbalikkan.
Dia bertindak memuat naik gambar tersebut sebagai bahan bukti, di mana sekeping daripada tiga murtabak yang dibelinya itu rentung sehingga hitam legam.
Walaupun dihadirkan dengan ujian pada bulan yang mulia ini, individu berkenaan tidak menyatakan lokasi bazar Ramadan yang dikunjunginya itu.
“Murtabak smoke ni..” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menumpang rasa kesal kepada individu tersebut, namun ada juga warganet yang cuba untuk bergurau demi menghiburkan hati yang ditimpa ujian pada bulan Ramadan ini.
Hmm kalau dapat macam ni hilang juga la mood nak makan tu..
Sumber : Facebook
Baca : “Sos je meriah” – [VIDEO] Gadis Kecewa Beli Roti John Tapi Inti ‘Hilang’