Melancong ke negara luar semestinya menjanjikan pelbagai pengalaman baharu seperti kebudayaan, gaya hidup dan pelbagai lagi. Pun begitu, kadangkala ada banyak juga perkara yang tak best mengenai melancong ni, lebih-lebih lagi apabila bahasa menjadi penghalang untuk berkomunikasi.
Siapa yang pernah ke negara yang penduduknya kurang pemahaman bahasa tahu betapa sukarnya untuk berkomunikasi lebih-lebih lagi untuk bertanya arah dan kadangkala ia boleh mengundang bahaya kepada kita.
Baru-baru ini, sekumpulan pelancong dari negara kita telah ke Bangkok, Thailand dan telah berkongsi detik-detik cemas yang berlaku kepada mereka di negara tersebut di Facebook.

Menurut perkongsian Mei Qi, dia dan beberapa rakannya telah ‘terpancing’ dengan tawaran perkhidmatan sewaan kereta di bandar berkenaan dengan hanya 1,500 Thai Baht iaitu sekitar RM195.
Artikel berkaitan : “Dia akan pegang tangkal” – Pelancong Malaysia Kongsi Kejadian Pukau Jadi Depan Mata Di Itali
Artikel berkaitan : Cincin Hilang & Sengaja Dilanggar Kenderaan Antara 7 Taktik Scam Yang Popular Di Dunia
Namun, mereka mula berasa tidak sedap hati dengan individu yang menawarkan perkhidmatan tersebut dari mula perjalanan. Ianya bermula apabila pemandu tersebut tidak menurut GPS yang ditunjukkan selain Mei Qi mendakwa pemandu berkenaan telah membuat beberapa pusingan yang meragukan.
Tidak cukup dengan itu, dalam tempoh 20 minit, pemandu berkenaan telah membuat panggilan telefon sebanyak 6 kali dengan individu yang tak dikenali dan membincangkan kedudukan semasa mereka yang menimbulkan keraguan.
Lebih mengeruhkan keadaan, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 30 minit menjadi satu jam dan apabila mereka meminta pemandu menghantar mereka semula ke hotel, pemandu tersebut ada perancangannya tersendiri dan terus memandu ke tempat tarikan pelancongan.
Menyedari bahawa ada sesuatu yang meragukan sedang direncanakan oleh pemandu, kumpulan pelancong tersebut kemudian terus membuat pembayaran kepada pemandu sebelum melarikan diri ke kafe di sebuah stesen minyak.
Mei juga sempat menitip pesan kepada orang ramai yang ingin ke Thailand supaya berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya mempercayai tawaran yang tidak masuk akal atau yang ditawarkan di tepi jalan.
Sumber : Facebook
