Biasa kita dengar bila pelancong asing melawat ke Malaysia, mereka akan memuji kesedapan makanan yang ada di negara kita. Namun, satu video yang tular di laman sosial baru-baru ini menunjukkan satu pasangan pelancong dari negara China berpendapat bahawa makanan Malaysia tidak sedap.
Mi segera pun tak sedap
Dalam video tersebut, dua orang pelancong itu dilihat sedang makan mi di sebuah kedai tepi jalan dan menurut mereka rasa mi tersebut tidak begitu sedap.
Mi ni rasa biasa-biasa. Saya rasa awak perlu ingat untuk bawa mi dan lauk-lauk. Tak ngam makan sini, saya kat sini berapa hari dah kurus… Nak kurus, datanglah Malaysia.
Datang Malaysia kena bawa mi segera. Sini bukan je kedai makan tak sedap, mi segera kat sini pun tak sedap. Awak perlu bawa mi yang kena dengan selera awak dari rumah.
Buat research dulu sebelum datang negara orang
Walau bagaimanapun, video itu disambung dengan satu klip video teguran daripada seorang lelaki Malaysia yang berbangsa Cina. Katanya, dua orang pelancong itu seolah-olah sengaja mahu mengkritik makanan Malaysia dan tidak mengkaji dahulu tempat makan yang sedap di negara ini.
Dari China datang Malaysia untuk kritik makanan tak sedap. Sanggup makan mi segera.
Dia juga pernah pergi ke negara China dan tidak mengkaji terlebih dahulu tempat makan yang sedap. Jadi, dia makan makanan yang tidak kena dengan seleranya.
Saya sendiri pun pernah je pergi China sebelum ni. Banyak je makanan yang tak kena selera saya sehinggakan rasa tu memang tak kena langsung. Awak cakap sedap, bagi kami tak sedap.
Kenapa? Sebab kami sendiri tak buat research. Kami tak tahu kat mana makanan sedap.
Artikel berkaitan: “Kita kena jadi tour guide!” – Lelaki Jepun Cakap Makanan Malaysia Tak Sedap, Ini Respon Netizen
Artikel berkaitan: “Very delicious!” – ‘Officemate’ Korea Puji Roti Jala & Kari Ayam Lelaki Ini Sedap, Siap Tambah Lagi!
Menurutnya juga, pelancong yang melawat mana-mana negara haruslah rajin bertanya kepada rakan di laman sosial tentang tempat makan yang sedap.
Kalau ada rakan-rakan internet introduce mana-mana yang sedap, confirm kami akan pergi cuba. Kamu pula datang Malaysia, research tak buat, tiba-tiba cakap makanan Malaysia tak sedap.
Dia turut menganggap dua orang pelancong itu seperti merendah-rendahkan makanan Malaysia kerana berkata negara ini tempat untuk menguruskan badan.
Lagi apa? Sanggup makan mi segara tiap hari.. nak kurus datang sini. Tak boleh cakap macam tu. Siap buat video lagi.
Menjengah di ruangan balas, ramai netizen berpendapat dua orang pelancong itu sendiri yang salah memilih tempat makan.
Min setuju dengan brader tu! Kenalah buat research dulu, kan?
Sumber: X