in

Pelaku Guna Asid Sulfurik Pekat Punca Faisal Halim Melecur Tahap 4

Asid Sulfurik Faisal Halim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang ternanti-nanti perkembangan baharu kondisi kesihatan tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim apabila beliau disahkan alami kecederaan melecur tahap empat dan berada dalam keadaan kritikal.

Menurut laporan Harian Metro, Faisal cedera disimbah sejenis asid sulfurik pekat hingga menyebabkan beberapa anggota badan termasuk mukanya melecur.


Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon ketika melawat Faisal di hospital swasta hari ini.

Artikel berkaitan: Doktor Beri Gambaran Kecederaan Faisal Halim, Ini Yang Dimaksudkan Dengan Melecur Tahap 4

Artikel berkaitan: Lelaki Pertama Kes Simbah Asid Faisal Halim Bukan Pelaku, Suspek Kedua Ditahan

Menurut Johan, Faisal berada dalam keadaan sedar namun kecederaan di badannya agak kritikal.

Katanya, pakar perubatan akan menggunakan sejenis ubat khas dari Australia kepada Faisal untuk membantu memulihkan kecederaan melecur itu.

Sementara itu, pemain Selangor FC ini akan menjalani satu lagi pembedahan pada pukul 5 petang nanti dalam usaha memastikan kesihatannya berada dalam keadaan stabil.

Setiausaha Agung Fas Dr Johan Kamal Hamidon 1

“Keadaan kecederaannya agak teruk dan serius. Dia dalam keadaan sedar tapi badan dia memang sangat teruk.”

Difahamkan, asid sulfurik pekat biasanya digunakan dalam makmal sebagai agen pengontangan, untuk mengeringkan gas seperti hidrogen, klorin dan sulfur dioksida. Ia juga sejenis asid mineral yang menghakis dan kuat.

Sebelum ini, keadaan Faisal yang pada awalnya dianggap melecur tahap dua bertambah parah apabila disahkan agak kritikal selepas melecur tahap empat sehingga menjejaskan pergerakan di bahagian tangan kirinya.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.