Pada zaman lewat 90-an sehingga awal 2000 banyak filem-filem dan siri televisyen dari negara jiran menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan salah satunya ialah siri daripada Thailand.
Antara yang menjadi kegemaran remaja pada zaman itu ialah siri Wai Rai Freshy yang menceritakan kehidupan pelajar di universiti serta konflik persahabatan dan percintaan mereka.
Siri tersebut antara yang menjadi fenomena di Malaysia, pelakon utama drama tersebut Ryu Arthit yang menjadi kegilaan gadis-gadis satu masa dahulu kini telah berhadapan dengan nasib yang agak malang.
Dia memikat hati ramai dengan lakonannya dalam drama dan menjadi idola Thai yang sangat popular. Malangnya, ia tidak berkekalan apabila Ryu baru-baru ini didapati kehilangan tempat tinggal dan menjual barangan terpakai di pasar lambak untuk mencari rezeki.
Ryu didiagnosis dengan gangguan bipolar yang membuatnya kelihatan ‘tidak siuman dan tidak sihat’, disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk berundur dari dunia hiburan.
Selepas penampilan terakhirnya dalam drama 2005 “Theptida Long Ngan”, Ryu memulakan rawatannya di pelbagai hospital namun rawatannya itu mengambil masa sehingga 10 tahun dan tidak menemui jalan penyelesaian.
Difahamkan, dia telah bercerai dan telah menggunakan kesemua hasil lakonannya sehingga jatuh muflis.
Kini, Ryu boleh ditemui di pasar lambak tepi jalan di daerah Lat Phrao, Bangkok dan dilaporkan dia tidur di tepi jalan serta menggunakan tandas awam untuk mandi dan mencuci.
https://www.tiktok.com/@ryu.atith/video/7198855912449264922?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7198342224609445378
Walaupun kehidupan pelakon yang berusia 44 tahun itu kini sangat daif, menerusi sebuah akaun TikTok yang dikatakan miliknya dia menyatakan bahawa dia kekal optimis dan berharap ada sinar baru untuknya.
Sumber: Thuvienpc
Baca: Lepas 55 Tahun, Pelakon Utama Romeo & Juliet Saman Produksi Sebab ‘Child Abuse’