Hujung minggu lepas, kecoh di media sosial tempatan apabila seorang pelakon lelaki tanah air dikatakan telah melakukan serangan ke atas pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Segambut, Kuala Lumpur.
Menurut laporan Harian Metro, suspek berusia pertengahan 30-an yang juga penghuni di kondominium sama dilaporkan menumbuk, menendang muka serta dada pengawal keselamatan tersebut.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila suspek meminta rakannya membeli minyak masak dan ketika rakan suspek menghantar minyak masak kepadanya, pengawal keselamatan di kondominium berkenaan tidak membenarkan rakannya itu masuk.
Disebabkan itu berlaku pertengkaran mulut di antara kawan suspek dan pengawal keselamatan sehinggakan suspek bertindak melakukan keganasan terhadap mangsa.
Bagaimanapun, selepas tiga hari ditahan reman oleh pihak polis, pelakon tersebut dibebaskan hari ini.
“Lelaki terbabit akan diberi jamin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul esok. Siasatan juga sudah lengkap,” menurut pihak polis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP).
Hmm, siapa agaknya pelakon tersebut ya?
Baca: “Patuh Allah bukan ikut skrip” – PU Syed Tegur Pelakon Lelaki ‘Belanja’ Badan Dalam Drama

					