in

Pelajar UTAR Kongsi Sebab Tidak Mampu Bersahabat Dengan Rakan Yang Berbelanja Besar

Kedekut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehidupan di universiti pada zaman kegawatan ekonomi sekarang ini bukanlah sesuatu yang mudah. Tambahan pula apabila seseorang itu tidak begitu berduit. Mana lagi hendak bayar yuran semester, duit sewa rumah dan tak dilupakan duit makan minum setiap hari.


7Bba44D1Eb803982831953C7D970Cb35
gambar hiasan – sumber: psychology benefits

Disebabkan tidak tahan dengan situasi yang menimpa diri, pelajar ini telah meluahkan isi hatinya di UTAR Confessions berkenaan masalah kewangan dan bagaimana dia tidak betah untuk melakukan hal yang dilakukan rakan-rakannya di universiti.

Berikut apa yang ditulis pelajar tersebut,

“Keluarga saya tidak kaya tapi saya sayang ibu bapa saya sangat-sangat!”

“Ayah bekerja seorang dalam menampung keluarga kami, manakala ibu pula suri rumah tangga sepenuh masa. Tapi kadangkala ibu ada juga mengambil upah mengupas kulit bawang demi untuk menampung keperluan kami sekeluarga.”

“Kadang-kadang bila kami keluar makan di luar, ibu tidak pernah memesan teh ais dan selalunya ibu akan pesan air suam sahaja.”

Remaja itu juga menceritakan kejayaannya dalam memperoleh semua A dalam SPM dan bapanya telah membeli Samsung Galaxy J7 sebagai hadiah. Namun apa yang diterimanya tidak menggembirakan rakan-rakan di sekeliling, malah mereka juga sempat mengutuknya dengan mengatakan “Kenapa tak hadiahkan Oppo atau Iphone?”.

Maxresdefault 1
gambar hiasan – sumber: xeetechcare

“Mereka tak tahu yang ayah saya masih menggunakan telefon bimbit Asus berharga RM100 yang mana skrin sudah retak. Ibu pula hanya menggunakan telefon S3 palsu dengan harga yang sama.”

“Kos sara hidup saya setiap bulan RM500 termasuk bayaran sewa rumah. Dan semuanya saya bayar menggunakan duit titik peluh sendiri.”

“Saya juga tidak mampu untuk makan di restoran seperti Shellicious, Sushi Mentai, Han’s Brother, McDonald’s dan Domino Pizza seperti orang lain. Mungkin sesetengah dari kamu juga ke Cameron Highlands atau Genting Highlands untuk bergembira. Tapi saya tidak.”

Pelajar ini juga meluahkan rasa hatinya apabila dia dituduh ‘kedekut’ hanya kerana dia berbasikal ke kelas demi untuk jimat 80 sen sehari.

“Kamu tahu kenapa saya berbuat begitu? Semuanya kerana ibu mengambil adik lelaki di sekolah menggunakan kereta Kancil yang sudah rosak pendingin udaranya. Kamu semua tahu betapa panas mereka? Ibu juga tidak sanggup mengeluarkan RM300 untuk membaikinya.”

Images
gambar hiasan sumber: diari kurus

Dia juga menyatakan rasa bersalah apabila ayahnya mendaftar untuk pelan data internet 3GB. Menurutnya,

“Ayah saya mendaftar untuk pelan data 3GB kerana dia fikir ia amat berguna untuk pembelajaran saya di universiti. Saya rasa amat bersalah. Siapa saya dan apa yang saya buat untuk merasa layak akan kelebihan ini?

“Ibu dan ayah juga memohon maaf kerana tidak dapat menghantar saya belajar di luar negara oleh kerana saya seorang pelajar yang cemerlang. Dengan itu, mereka mencuba sedaya upaya untuk membuat kehidupan saya selesa di UTAR semampu mereka.”

“Pesan saya buat kawan-kawan, apa yang ibu bapa saya berikan adalah yang terbaik bagi saya. Tolong jangan rosakkan kebahagian saya dengan kata-kata kamu semua. Kalau menjadi sahabat anda bermaksud saya harus bazirkan kesemua wang saya untuk kelihatan setaraf dengan ahli kumpulan anda yang lain, saya mohon maaf. Saya tidak boleh meneruskan persahabatan ini lagi dan saya juga tak mahukannya.

20160409 Sjm Asianreact 04091
gambar hiasan – sumber: mercury news

“Pada akhirnya, saya adalah diri saya sendiri. Saya masih berkira-kira untuk mendapatkan aiskrim Sundae RM1. Saya juga tidak ada sepasangan Birkenstock, dan hanya akan memakai sepasang kasut sukan Power yang saya miliki. Saya juga akan berbasikal ke kelas setiap hari.”

Perkongsian penuh inspirasi ini telah mendapat pelbagai komen dari netizen yang majoritinya memberi kata-kata sokongan buat pelajar tersebut.

Antaranya,

“Teruskan tabah, masa sukar akan berlalu nanti.”

“Apa yang kamu katakan itu benar, persahabatan yang dipupuk menggunakan wang adalah lebih baik ditinggalkan.”

Bersyukurlah kalau anda dikurniakan sahabat yang sanggup susah senang bersama. Sayang bff semua! 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.