Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memberi jaminan bahawa pelajrnya ysng terlibat dalam kemalamgan bas persiaran Jalan Raya Timur Barat di Gerik beberapa minggu lagu tidak akan diminta untuk menangguhkan pengajian mereka.
Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata pihaknya akan membuat peyusunan semula akademik untuk menyokong pelajar tersebut bagi memastikan mereka dapat meneruskan pengajian biarpun dalam keadaan sukar.
Artikel berkaitan : Susulan Nahas Libatkan Pelajar UPSI, Ada Pihak Cadang Larang Perjalanan Bas Pada Lewat Malam Tapi Ramai Tak Setuju
Artikel berkaitan : Kes UPSI: JPJ Nak Heret Pengendali Syarikat Bas Ke Mahkamah
“Bagi mereka yang masih menjalani rawatan di hospital atau dalam proses pulih di rumah, kami akan memastikan peperiksaan, tugasan dan keperluan akademik lain mereka diuruskan sepenuhnya.”
“Saya ulangi, matlamat kami adalah untuk memastikan, sejauh mungkin, tiada seorang pun daripada mereka akan menangguhkan semester mereka.
Tambahnya sistem pembelajaran fleksibel UPSI akan membolehkan mereka untuk mengikuti tanggungjawab akademik mereka tanpa ketinggalan. Beliau juga peka dengan kebajikan pelajar ini mengikut arahan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dan mengulangi titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, untuk mengutamakan kesejahteraan pelajar.
“Ini adalah amanah dan tanggungjawab. Marilah kita bantu anak-anak ini dalam masa kesusahan mereka.”
Dalam pada itu, Md Amin turut menyerut kepada golongan-golongan komuniti UPSI untuk memberikan sokongan moral dn emosi kepada pelajar dan kakikatangan yang terjejas, ini merangkumi perkhidmatan launseling utnuk pastikan tiada siapa yang ras aterasing.
“Pelajar-pelajar ini mesti diberi perhatian, sokongan dan penjagaan. Kami tidak mahu mereka gagal, atau sengaja digagalkan.”
“Di UPSI, kami meletakkan keutamaan tinggi pada perwatakan dan nilai, bukan sahaja akademik.”
“Jika tidak, mereka mungkin berkata, ‘Apa gunanya berbuat baik di dunia ini jika akhirnya hanya akademik yang dipertimbangkan?’ Tidak. Di UPSI, yang utama ialah adab dan perwatakan.”
Beliau turut memberi peringatan kepada komuniti agar tidak abaikan rakan sekelas dan rakan sebilik mangsa yang sedang berduka.
“Bayangkan kumpulan pembentangan seramai lima orang, kini tinggal tiga. Bayangkan bilik asrama ada empat rakan, kini tinggal dua, merenung katil kosong dalam senyap.”
“Biarlah ini menjadi amal jariah kolektif kita, amal ibadah kita. Sokonglah anak-anak ini di waktu kesusahan mereka, dan semoga Allah memberkati dan mempermudah segala usaha kita.”
Untuk rujukan, sebuah bas yang membeawa 42 pelajar UPSI terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan di Jalan Raya Timur Barat dari Jertih, Terengganu, ke kampus utama universiti itu.
Kemalangan tersebut telah meragut 15 nyawa pelajar, 13 pelajar meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia di hospital.
Sumber : Harian Metro