Saban tahun, tarikh 16 Mei merupakan tarikh yang sering dinanti-nantikan oleh pelajar sekolah kerana tidak sabar untuk menyambut Hari Guru. Ini kerana lazimnya, sambutan Hari Guru akan diadakan dengan meriah dengan pelbagai acara dan mempunyai tema-tema yang menarik.
Tak lupa juga persembahan pelajar seperti persembahan nyanyian, sketsa lucu, choral speaking dan tak lupa juga prank atau sketsa berunsur usikan untuk memberi kejutan kepada para guru.
Itulah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Enstek ini apabila mereka berpakat membuat prank kepada guru-guru bersempena dengan sambutan hari guru sekolah tersebut dengan berlakon ponteng sekolah beramai-ramai di sebuah kedai mamak.
Prank tersebut telah dirakam oleh guru sekolah tersebut yang dikenali sebagai Teacher Elly atau ellynaalimz di TikTok.
@ellynaalimz Prank sambutan hari guru yg terbaik gabungan anak2 tingkatan 5 SMKBE? Cayalah… Lakonan bermula dr semlm dlm group wasap guru dgn teacher elly kehilangan purse?? Ini best sbb terasa diri disayangi bila kawan2 pm tepi tanya mcm mn boleh hilang, siap ada yg bg ayat suh baca insyaAllah jumpa nt. Uols mmg sahabat yg baik? Pagi ni lakonan anak2 form 5 kesayangan teacher Elly berentap. Sekali lagi wasap rasmi guru SMKBE digemparkan dgn gambar & video pelajar ponteng kat kedai mamak. Ini mmg real?? Hangin dh cikgu2 nengok budak ponteng sekolah time hari guru plak tu. Adoiiiii? Tup2 guard jerit dr belakang bawa anak2 ni. Emmm, mmg kena la… Apa2 pun Tuan Pengetua mmg terbaiiikkk, cool, x cepat melenting & actor yg bgs. Cikgu Rasul pun x kurang hebatnya?? Cikgu Farhan pun masih sabar menahan amarah. Prank yg menjadi?? Thn depan teacher nk rasa jadi cikgu yg kena prank plak? X nak dh jd producer? #fyp #foryou #foryoupage #prank #selamathariguru #happyteachersday #gurujauharidigitalaspirasinegaramadani #temapengantin
Artikel berkaitan: “Menu paling rare!” – Pelajar Hidang Nasi Kandar Bungkus Dalam Kelas Sempena Jamuan Hari Guru
Artikel Berkaitan: “Sportingnya!” – Sambutan Hari Guru Tema ‘Airlines’, Cikgu Jadi Pramugari Tarik Perhatian Netizen
Dalam video prank yang berdurasi selama lebih kurang lima minit itu, dapat dilihat beberapa orang pelajar lelaki telah kembali semula ke sekolah setelah ‘kantoi’ ponteng sekolah di kedai mamak.
Menurut Teacher Elly, pelajar-pelajar itu telah ‘kantoi’ sekolah apabila gambar dan video mereka berada di kedai mamak telah dikongsikan di dalam group WhatsApp rasmi guru-guru sekolah berkenaan.
Para guru yang tidak mengetahu bahawa itu adalah prank pada mulanya memang berasa marah dengan sikap pelajar yang ponteng ketika sambutan hari guru.
Ketika acara sedang berlangsung di dewan, tiba-tiba kecoh dengan suara pengawal keselamatan sekolah yang memarahi pelajar-pelajar yang ponteng itu apabila mereka kembali ke sekolah semula setelah kantoi.
Pelajar-pelajar yang ponteng itu kemudiannya dibawa ke hadapan dewan untuk dikenakan tindakan oleh pengetua.
Boleh tonton video TikTok Teacher ellynaalimz untuk ketahui kesudahan prank pelajar-pelajar ini.
Sumber: TikTok @ellynaalimz