in

Pelajar Tahfiz 13 Tahun di Hulu Yam Lari Dari Asrama Selepas Tak Tahan Dibuli Senior

page buli4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian buli sudah ibarat perkara biasa yang terjadi di negara kita. Walaupun jenayah seperti ini pernah berlaku, namun, masih ada yang tidak mengambil iktibar dan mengulang kesilapan yang sama.

Baru-baru ini, satu lagi kejadian buli telah berlaku yang melibatkan pelajar tahfiz di Kampung Hulu Kalong, Hulu Yam, Bukit Beruntung sehinggakan mangsa nekad melarikan diri dari pusat pengajian terbabit.


buli1
Sumber: Harian Metro

Menurut Harian Metro, Syed Khairun Hazim Syed Husin, 13, telah dibuli senior hampir setiap hari hanya kerana tidak mengambilkan air minuman serta jubah seperti yang diarahkan oleh pelajar senior tersebut.

“Dia suruh saya ambil air, tapi bila tak ikut cakap, dia akan sepak saya dan ditumbuk di perut.”

Menurut mangsa, dia dibuli sejak hari ke-41 berada di tahfiz dan diugut dikenakan dengan lebih teruk sekiranya Hazim memberitahu kepada ustaz.

Tidak tahan diperlakukan begitu, Hazim dan seorang rakan, Wan Muhammad Arfan Wan Mohamad Hafiz, 13, yang turut dibuli nekad melarikan diri setelah merancang seminggu sebelumnya.

buli3
Gambar hiasan

Kedua-dua pelajar tahfiz itu berjaya melarikan diri sebelum mendapatkan bantuan orang kampung dan ditumpangkan seorang pemandu lori yang kemudian menghantar mereka pulang ke rumah.

Bapa Hazim, Syed Husain Syed Abu Samah, 38, berkata akan menuntut keadilan untuk anak dan rakannya serta berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar senior terbabit.

“Biar undang-undang yang tetapkan segalanya demi membela nasib anak saya dan rakannya serta berharap perkara seumpama ini tidak berlaku serta menimpa pelajar lain terutama di institusi tahfiz seperti ini.”

Menurut laporan, Hazim mengalami kecederaan pecah tisu pinggang sebelah kiri, koyak tisu kaki kanan dan lebam di beberapa bahagian badan akibat diterajang dan ditumbuk dua senior.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Pai berkata, siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara mangsa dan pelajar senior. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Aduhai.. Kenapa sampai macam ni?

Baca: “Ayah selalu cekik mama bila gaduh” – Murid Jadi pembuli Selepas Lihat Perangai Bapanya

buli anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.