in

Pelajar Sekolah Dirakam Tonton Video Lucah Guna Skrin Projektor Dalam Kelas

Porn Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah lah tengok benda tak elok, boleh pulak tayangkan depan orang lain.

Baru-baru ini, gambar yang menunjukkan beberapa pelajar sedang menonton video lucah menggunakan projektor telah dimuat naik seorang netizen di media sosial dan menjadi tular serta merta.


Porn
sumber: detik news

Berdasarkan gambar di atas, beberapa pelajar yang memakai uniform pengakap boleh dilihat memberi sepenuh perhatian kepada video yang ditayangkan di skrin projektor itu.

Menurut Coconuts Jakarta, selepas tersebar di internet, gambar itu dipercayai diambil di sekolah tinggi di Greater Jakarta. Lembaga Pendidikan Jakarta telah dimaklumkan tentang gambar yang tular itu dan mereka telah melancarkan siasatan untuk mengenal pasti sekolah.

“Saya telah bercakap dengan ketua jabatan berkaitan mengenai siasatan bahawa kami akan mengesan di mana gambar tersebut dirakamkan,” kata Bowo Irianto, Timbalan Ketua Lembaga Pendidikan Jakarta.

Sementara pihak berwajib menjalankan siasatan, netizen seperti biasa pantas memberikan komen dan teori masing-masing berkenaan isu tersebut. Dorang pulak yang jadi detektif kannn.

Ramai memberikan spekulasi bahawa gambar tersebut mungkin diambil di sebuah sekolah tinggi di Depok atau sekolah tinggi SMAN 11 di Timur Jakarta.

Kelas 1
bilik darjah di sman 11 | sumber: detik news

Bagaimanapun, pengetua sekolah tinggi SMAN 11 mengugut untuk melaporkan kepada pihak polis jika sesiapa menuduhnya ‘tutup mata’ dengan tindakan pelajar melanggar undang-undang.

“Saya menolak tuduhan diberikan itu kerana kami sebagai guru-guru sudah bekerja keras untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar dan kami tidak layak diberikan layanan sebegini,” kata pengetua itu.

Pihak berkuasa sama sekali tidak memandang ringan mengenai kes ini. Mengikut undang-undang anti pornografi mereka yang ketat, orang dewasa yang tertangkap menyebarkan atau mempamerkan kandungan yang dianggap sebagai pornografi boleh dikenakan sehingga 12 tahun penjara.

Tetapi, kanak-kanak biasanya dilepaskan dengan amaran, jika terbukti bersalah.

Ni kerja gila namanya, tengok porn pakai projektor, tak takut kantoi ke apa.

Baca: Tok Sami Dirakam Tonton Video Lucah Secara Terang-Terangan Dalam Bas Tanpa Guna Earphone

Toksami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.