Seorang pelajar PhD berusia 28 tahun dari China yang dikenali sebagai Zhenhao Zou didapati bersalah oleh mahkamah London atas pertuduhan memasukkan dadah sebelum merogol 10 wanita sekitar tahun 2019 hingga 2023.
Pihak berkuasa bimbang bahawa pelajar peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) jurusan kejuruteraan di University College London (UCL) mungkin mempunyai sehingga lebih 50 mangsa lain yang sekaligus telah menggesa mangsa-mangsa ini agar tampil ke hadapan.
Artikel berkaitan : Pelajar Lembam Hilang Sejak Jumaat Ditemukan Lemas Selepas Keluar Mandi Bersama Rakan
Artikel berkaitan : Banduan Pertama Peroleh PhD Ketika Dalam Penjara Dibebaskan Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Menurut sumber, polis yakin bahawa Zou, pesalah seks paling prolifik di United Kingdom ini telah melakukan banyak lagi jenayah lain.
Zou difahamkan menggunakan alkohol dan dadah untuk ‘umpan’ mangsa sebelum melakukan serangan seksual itu. Malah, polis juga ada temui bukti dalam bentuk video yang menunjukkan tindakan berkenaan.
Kejadian itu berlaku di banyak lokasi di London dan China dan mangsa berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Malah pihak berkuasa turut menemui beberapa jenis barang yang diambil daripada mangsa, termasuk barang kemas dan getah rambut yang dipercayai digunakan sebagai cenderahati oleh Zou.
Bagaimanapun, Zou menegaskan bahawa interaksi seksual dengan mangsa adalah secara suka-suka. Zou akan dijatuhkan hukuman pada 19 Jun nanti.
Isu mengenai Zou ini mencuri ramai perhatian masyarakat di London kerana ia merupakan salah satu kes pelaku seksual yang terburuk dalam sejarah Britain.
Sumber : mStar Online