Satu kejadian tidak disangka berlaku apabila seorang pelajar berusia 15 tahun maut selepas cubaan untuk meloloskan diri dari sekolah gagal.
Jatuh ketika panjat tembok, nak ponteng sekolah
Kesnya bermula ketika semua pelajar di sekolah itu sedang menunaikan solat Zohor berjemaah pada jam 12.30 tengah hari. Pada masa yang sama, satu kumpulan pelajar merancang untuk ponteng dengan memanjat tembok di kawasan belakang sekolah.
Artikel berkaitan: Bertahun-tahun Tak Balik Rumah, Suami Terkejut Isteri & Anak Hanya Tinggal Rangka
Artikel berkaitan: Meninggal Dunia Ketika Kejohanan, Jasad Pemain Badminton China Masih Belum Dituntut Dari Hospital Indonesia
Nasib malang menimpa Rifki Rahdian ketika dia melompat dari tembok sekolah tetapi salah mendarat di atas penutup perigi sebelum jatuh terperosok ke dalamnya. Difahamkan, kedalaman perigi itu adalah 10 meter.
Cuak dengan kejadian itu, rakan-rakan Rifki terus melaporkan insiden itu kepada pihak sekolah namun Rifki gagal diselamatkan.
Mangsa diangkat dari perigi sedalam 10 meter dan sudah meninggal dunia.
Lebam pada kepala, penutup simen pecah
Menurut rakan Rifki, kepala Rifki juga tertimpa dengan penutup perigi yang diperbuat daripada bancuhan simen dan telah pecah. Disebabkan itu, kepala dan lengan kanannya ada kesan lebam.
Bagaimanapun, mangsa dikejarkan ke pusat perubatan untuk pemeriksaan lanjut dan polis mendapati mangsa meninggal dunia mungkin disebabkan penutup simen yang terhempap pada kepala.
Mangsa meninggal dunia kemungkinan kerana penutup simen terhempap, dia kekurangan oksigen kerana perigi sangat dalam.
Pun begitu, tiada siasatan lanjut mengenai kes itu dan pihak keluarga juga telah menerima takdir yang menimpa Rifki.
Sumber: Kompas