in

Pelajar Luar Negara Terharu ‘Uncle’ Grab Terima Duit Malaysia Di Singapura

Grab Duit Rm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak perkara yang perlu kita sediakan jika kita melancong atau pergi ke luar negara, ia termasuklah pasport serta wang negara tersebut dengan kadar yang mencukupi.

Baru-baru ini, seorang pelajar dari Jepun yang sedang belajar di Singapura berkongsi pengalamannya menggunakan perkhidmatan e-hailing di situ, namun dia membayar tambangnya menggunakan wang Malaysia.


@hanae_nakaa

Kind grab driver in Singapore! #ntu #留学 #シンガポール留学 #singapore #マレーシア留学 #malaysia #シンガポール

♬ オリジナル楽曲 – Hana – Hana

Pengguna TikTok yang dikenali sebagai @hanae_nakaa itu berkongsi dia menyedari bahawa dia hanya membawa wang Ringgit, apa yang mengejutkan pemandu Grab di Singapura itu dengan murah hati menerima bayarannya.

Dengan nada serba salah, wanita berkenaan bertanya kepada pemandu itu adakah wajar untuknya membuat tindakan sebegitu, namun pemandu tersebut kedengaran tenang menerima wang ringgitnya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan tular dengan jumlah tontonan lebih 450K serta lebih 100 komen.

“Baiknya uncle!”

Rata-rata netizen terharu serta memuji kebaikan pemandu Grab tersebut malah ada turut mendoakan kesejahteraan uncle tersebut.

Cats 30

Harap ni jadi pengajaran buat semua, check duit korang kalau nak travel ok?

Baca: Pakai Nissan GT-R, Lelaki Dedah Bekerja Sebagai Pemandu Grab & Lalamove Buat Netizen Tergamam

Kerja Grab Pakai Nissan Gt R

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.