in

Pelajar Lelaki Ditemui Meninggal Dunia, Dipercayai Dibelasah Rakan Asrama Di Lahad Datu

Asrama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelajar kolej vokasional di Lahad Datu yang berusia 17 tahun telah ditemukan meninggal dunia di asramanya awal pagi Jumaat.

Muhd Nazmie Aizat Muhd Nazrul Azwan pada mulanya telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terbaring di atas lantai di dalam sebuah asrama pada jam 6.50 pagi oleh warden.


Asrama

Muhd Nazmie kemudiannya disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan setelah pihak hospital datang untuk memeriksa keadaannya dan memberi rawatan kecemasan setelah dihubungi oleh pihak sekolah.

Mangsa dipercayai telah dipukul kerana terdapat kesan lebam dan kecederaan pada badannya, lapor Astro AWANI.

Artikel Berkaitan: “Kena tahan lapar, tidur dalam tandas” – JAIS Siasat Sekolah Tahfiz Didakwa Dera Pelajar

Artikel Berkaitan: “Jarang cikgu yang perform” – Sketsa Guru Dalam Minggu Kesedaran Buli Di Sekolah Ni Cuit Hati Netizen

Laporan polis telah dibuat dan difahamkan, seramai 13 orang pelajar lelaki di kolej vokasional itu telah ditahan untuk membantu siasatan.

Selain itu, alat pengecas telefon pintar turut dirampas kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes.

2 2 1

Menurut ACP Dr Rohan Shah Ahmad iaitu Ketua Polis Daerah Lahad Datu, kes kematian pelajar itu dipecayai berlaku akibat perselisihan faham antara penghuni-penghuni asrama dengan mangsa.

Kes kini sedang disiasat dengan lebih lanjut oleh pihak polis.

Sama-sama kita doakan agar keluarga mangsa tabah dengan ujian ini. 

Sumber: Astro AWANI

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.