in

Pelajar Kumpul Duit, Belikan Cikgu Perodua Aruz Sebagai Hadiah Persaraan

Page3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, tugas guru bukanlah satu tanggungjawab yang boleh diambil mudah. Seorang guru membentuk ratusan orang pelajar, menyalurkan ilmu untuk mereka gunakan di masa depan. Penat macam mana pun mereka, jarang kita dengar mereka mengeluh, apatah lagi meminta balasan.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter berkenaan seorang guru matematik dihadiahkan kereta berjenama Perodua Aruz sebagai hadiah persaraannya.


Menariknya, kereta tersebut dibeli secara ‘lump sum’, hasil kutipan bekas pelajarnya dari kumpulan tahun 1980 hingga 2021. Perkara tersebut dinyatakan oleh salah seorang pengguna Twitter, @yaye_zaini.

https://twitter.com/yaye_zaini/status/1470341125789532160

Ahmad Bidin yang juga merupakan seorang guru matematik tambahan, dikatakan tidak menyangka bahawa perkhidmatannya selama 35 tahun sebagai pendidik di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) diberikan balasan sebuah kereta Perodua Aruz.

Tambah Yaye lagi, Ahmad Bidin menolak tawaran untuk dinaikkan pangkat kepada pengetua, dan jawatan terakhir yang digalas guru tersebut sebelum pencen pada tahun ini adalah sebagai penolong kanan akademik.

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Ahmad Bidin dikatakan bakal menyambut hari lahirnya pada 16 Disember ini, dan guru itu sekaligus diraikan melalui Majlis Seluhur Budi Kasih Abadi di sebuah hotel bertempat di Seremban.

Menurutnya, majlis persaraan guru biasanya akan dianjurkan di sekolah mereka. Namun, majlis tersebut terpaksa diadakan di hotel bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana sambutan itu turut melibatkan bekas guru, persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta bekas pelajar.

5 4

Sampai ke saat ini, saya masih terfikir sebab utama bekas pelajar terdiri daripada 38 kelompok (batch) pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tahun 1980 hingga 2021 memberikan saya hadiah yang bernilai puluhan ribu ringgit ini.”

Ahmad Bidin berasa terharu dengan ganjaran yang diterimanya selepas lebih 30 dekad mengajar di sekolah tersebut. Dia turut berterima kasih kepada semua pelajarnya kerana menghargai usahanya mendidik mereka.

Saya sebagai guru hanya bertindak sebagai penunjuk jalan supaya semua pelajar saya dapat lebih cemerlang dalam akademik serta kehidupan”

Berkhidmat sejak tahun 1986, Ahmad Bidin menyatakan dia banyak dibantu oleh pengetua-pengetua dan rakan sekerja yang cemerlang, serta para pelajar yang memberikan kerjasama yang baik kepadanya.

Selamat bersara, cikgu! Semoga ilmu yang dicurahkan bermanfaat untuk semua pelajar hinggalah batch tahun ni.

Sumber: Twitter dan Utusan

Baca: “Besar pahala guru” – [Video] Netizen Kagum Tengok Guru Sabar ‘Guide’ Pelajar OKU Di Sekolah

Capture 13

 

Sumber: Redaksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.