Selalunya kita dengar yang cikgu akan janjikan ganjaran dan hadiah jika anak muridnya berjaya memperoleh markah cemerlang dalam peperiksaan, tapi lain pula dengan situasi ini.
Seperti yang kita sedia maklum, kelmarin adalah hari yang dinantikan oleh semua calon SPM 2023 yang mana keputusan bagi peperiksaan itu dikeluarkan. Ia termasuklah pelajar kepada guru, Izz Huznie Idraqie yang juga menantikan keputusan tersebut.
Artikel berkatian : Cikgu Terkejut, Anak Murid Hadiahkan Rotan Pada Hari Guru
Artikel berkaitan : Pelajar Sebak Menang Cabutan Bertuah Pakej Umrah, Hadiah Daripada Guru Bersara
Difahamkan pelajar-pelajarnya telah mendapat markah A dalam peperiksaan SPM, jadi dia telah menerima kejutan daripada murid-muridnya apabila mereka menghadiahkannya sebuah TV baharu.
@izzhuznie Kejutannnn! Tuwdiaaaa depa tau tv umah sir nyawa nyawa ikan! Sekali nahhhhhhh bawak mai sungguh ! Tahniah untk A landksp&nurseri!! Tq for TV ? #tv#pov#fyp#hadiah#gawai#tiktokcikgu#happygawai#erasarawak#fypppp
Difahamkan TV rumah cikgu tersebut dah berusia 10 tahun dan mengalami masalah LED, hanya suara sahaja boleh didengar. Disebabkan itu mungkin jadi penyebab dia diberi kejutan sebegitu.
Malah, dikatakan dia adalah cikgu yang disenangi murid, ramai pelajar mengulangkaji pelajaran di rumahnya dan selalu bermalam di situ.
Memang epic punya kejutan, min dapat rasa cikgu tu mesti ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam memberikan ilmu kepada muridnya.
Sumber : TikTok