in

“Pekerja tempatan sahaja terkesan” – Individu Dakwa Boikot Tak Beri Kesan?

Syaz Ft 2024 10 09T154908.373

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak setahun lalu, ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk memboikot jenama-jenama yang menyokong negara Israel susulan serangan yang dilakukan terhadap Palestin.

Antara jenama terkenal yang sering dikaitkan dengan negara Israel termasuklah restoran makanan segera yang mempunyai banyak francais di negara kita.


Artikel berkaitan: “Sia-sia solat subuh kalau” – Ryzal & Maryam Duriankimchi Tolak ‘Job’ Jenama Diboikot

Artikel berkaitan: PU Abu Beri Teguran ‘Sinis’ Buat Pihak Sanjung Individu Nyata Hadis Palsu, Tapi Boikot Yang Ada Isu Peribadi

Terbaru, seorang individu mendakwa cara memboikot restoran makanan segera ini tidak memberi apa-apa impak kepada negara Israel kerana seperti yang dapat kita lihat serangan oleh mereka masih diteruskan.

Menurut individu terbabit, boikot ini sebaliknya memberi kesan buruk kepada pekerja tempatan yang hilang pekerjaan mereka kerana tiada lagi pelanggan di situ.

@thaqibshaker

♬ original sound – Thaqib – Thaqib

“Saya selalu lalu depan kedai makanan segera,  saya nampak yang bekerja semua Melayu jadi saya rasa simpati.

Maka saya ambil keputusan untuk kembali menyokong semua perniagan yang sah di Malaysia ini bagi melangsungkan rezeki anak bangsa kita,” katanya.

Individu tersebut juga sekali lagi menegaskan boikot ini tidak memberikan sebarang kesan terhadap negara Israel sebaliknya menutup periuk nasi pekerja-pekerja tempatan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.