in

Pekerja Tak Nak Kutip Sampah Di Scotland Selama 12 Hari, Mogok Minta Naikkan Gaji

oijh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak beberapa bulan lepas, hampir seluruh dunia mengalami tekanan ekonomi yang dahsyat dimana pelbagai krisis berlaku seperti kenaikan harga barang dan nilai mata wang yang merosot.

Tak dinafikan juga negara-negara yang sudah maju seperti United Kingdom pun tidak terkecuali terkena tempias krisis ekonomi tersebut sehingga ada segelintir rakyatnya di sana yang sangat terkesan dengan keadaan yang berlaku.


Seperti baru-baru ini telah berlaku satu situasi di Scotland yang memaparkan situasi yang tidak senang untuk dilihat oleh orang ramai.

Pekerja enggan kutip sampah di Edinburgh selama 12 hari

Video berdurasi 30 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok Hayley Phillips yang menunjukkan situasi dimana kelihatan sampah-sarap yang bersepah di bandar Edinburgh, Scotland.

@haysfordays

#edinburgh #edinburghfringe #edfringe #edfringe2022

♬ original sound – Hayley Phillips

Dilihat juga banyak tong-tong sampah yang sudah penuh dan seperti tidak pernah dikutip dalam tempoh lama oleh para pekerja pembersihan di sana yang telah mencacatkan pemandangan bandar itu.

Pekerja mogok selama 12 hari, minta naikkan gaji 

Rupa-rupanya perkara ini dibuat kerana pekerja dalam sektor pembersihan di sana sedang mogok dan mendesak pihak berkuasa tempatan di sana untuk menaikkan gaji mereka disebabkan krisis ekonomi yang berlaku di sana.

Menerusi video yang dikongsikan, insiden tersebut dikenali sebagai “Edinburgh Bin Strike” dan dikatakan akan berlangsung selama 12 hari sehingga 30 Ogos 2022.

Cara mogokan adalah mereka menolak untuk mengutip sampah di sekitar bandar tersebut dan membiarkannya sehingga pihak berkuasa yang terlibat memandang serius terhadap perkara ini dan merealisasikan keinginan mereka untuk dinaikkan gaji.

Netizen beri sokongan solidariti kepada pekerja yang terkesan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata penduduk di sana menyokong tindakan pekerja tersebut iaitu membiarkan sampah-sarap bertebaran di sekitar bandar. Mereka juga menyatakan bahawa mereka ini perlu dinaikkan gaji lebih-lebih lagi sekarang ini berlaku kenaikan harga barang yang tidak masuk akal.

“Tulang belakang masyarakat moden. Mereka layak gaji yang setimpal dan semua faedah!”

Screenshot 2022 08 26 at 2.42.52 PM

“Orang selalu perlekehkan orang yang menguruskan sampah, tapi bila lihat semula mereka sebenarnya lebih daripada yang kita fikir.”

 

Screenshot 2022 08 26 at 2.43.03 PM

“Solidariti. Mereka inilah memastikan kehidupan kita terjaga.”

Screenshot 2022 08 26 at 2.43.15 PM

Cara yang terbaik untuk memastikan pihak yang terlibat mengambil pandangan serius terhadap apa yang rakyat suarakan. Rasanya Malaysia boleh buat ke macamni?

Baca: Remaja Ceritakan Kembali Pengalaman Selamatkan Bayi Dibuang Di Kawasan Tong Sampah

Screenshot 2022 08 26 at 2.51.31 PM

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.