Seteruk manapun seseorang itu, dia tidak layak dilayan buruk di hadapan orang ramai. Padanlah apabila tindakan seorang majikan ini melempang pekerjanya di khalayak ramai tular di media sosial, dia mendapat kecaman hebat dari netizen.
Melalui perkongsian seorang pengguna Twitter dengan nama GG, dia telah meluahkan rasa marahnya terhadap seorang majikan yang telah berlaku kasar terhadap pekerjanya.
“Aku banned kedai E* B* C* R* B* Melaka! Majikan lempang pekerja dia depan customer tanpa rasa bersalah. *u*k ah.”
Malah lebih menyedihkan, GG memberitahu bahawa pekerja tersebut yang juga warganegara Indonesia menangis akibat dari kejadian tersebut, namun masih meneruskan pekerjaannya, mengelap meja. Aduhai kesiannya!
GG juga berkongsi gambar majikan yang bertindak biadap terhadap pekerjanya itu.
Menurutnya, pekerja asing itu dilempang atas sebab baldi yang dibawanya terkena atau terlanggar pelanggan di kedai makan tersebut. Namun pelanggan yang berkenaan tidak pula mengadu apa-apa.
“Tapi tak tahulah sebelum I datang Indon (Indonesia) tu memang buat hal dengan taukey dia ke apa kan! Kalau nak lempang pun dekat dapur ke, tandas ke tak apalah pelanggan tak nampak.”
Pun begitu selepas perkongsian tersebut tular di media sosial, netizen bernama Ashraf Roslan dan majikan restoran tersebut telah berbalas mesej antara satu sama lain membincangkan perkara tersebut.
Sungguhpun penjelasan telah diberi dan majikan tersebut menafikan perlakuannya atas sebab di atas, GG tetap merasa tidak puas hati kerana baginya majikan tidak sepatutnya melayan pekerja sebegitu di hadapan pelanggan lain.
Rata-rata netizen di laman Twitter menyokong tindakan GG dan menganggap tindakan majikan tersebut tidak wajar dilakukan. Malah ada juga yang mengaku pernah melihat majikan di restoran tersebut melakukan hal yang sama seperti yang diceritakan GG.
Semoga majikan tersebut bertaubat dan berhenti menganiaya pekerja macam tu. Mereka juga manusia, ada hati dan perasaan macam kita semua.
Baca: Pemandu Pelancong di Pulau Perhentian Biadap, Tengking Pelancong Yang Bertanyakan Soalan