Individu yang mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing, anjing atau hamster je yang tahu betapa remuknya hati mereka tatkala binatang kesayangan mati. Tak dinafikan sememangnya ada ikatan kasih sayang yang sukar digambarkan dengan kata-kata di antara dua makhluk tuhan ini.
Mungkin ada antara pemilik haiwan yang rasa macam tak nak buat apa-apa apabila perkara ini terjadi tapi kehidupan perlu tetap diteruskan. Namun, pekerja di Colombia pula bakal mendapat cuti selama dua hari jika haiwan peliharaan mereka mati, lapor Daily Mail.
Difahamkan, Alejandro Carlos Chacon iaitu Ahli Kongres Parti Liberal negara itu telah membentangkan udang-undang itu di mana semua majikan diwajibkan untuk memberi cuti dua hari kepada staf mereka yang kematian haiwan peliharaan.
Menurutnya, terdapat ikatan kekeluargaan antara haiwan dan manusia. Selain itu, dia turut berkata,
Sesetengah individu tak mempunyai anak-anak, jadi, haiwan peliharaan lah yang sentiasa ada di sisi mereka,” katanya kepada laman berita El Tiempo
Alejandro juga mengatakan bahawa cadangan pemberian cuti berbayar kepada mana-mana yang layak itu diharapkan mampu membantu tuan haiwan untuk berkabung dan mengatasi perasaan sedih mereka tanpa perlu memikirkan hal-hal di tempat kerja.
Cadangan undang-undang itu dibentang sebab enam daripada 10 keluarga di Colombia mempunyai haiwan peliharaan. Namun, bukan senang juga nak dapat cuti ni sebab difahamkan, pekerja harus memberitahu majikan terlebih dahulu bahawa mereka ada pelihara haiwan ketika mula bekerja di syarikat itu dan bukti kematian juga harus ditunjukkan.
Jadi, tak akan ada istilah menipu kucing mati semata-mata nak cuti. Walaupun ada pihak yang tak bersetuju dengan cadangan undang-undang ni sebab takut ada yang sengaja menipu nanti, namun sesiapa yang menipu pula akan dikenakan denda yang belum ditentukan jumlahnya.
Namun, buat masa ini, undang-undang ni harus diperdebatkan dulu di Dewan Senat sebelum diluluskan.
Sumber: Daily Mail
Baca: “Malaysia bila lagi?” – Netizen Mahu Malaysia Raikan ‘Hari Malas Sedunia’ Seperti di Colombia