in

Peguam Syarie Jelaskan Perkara Yang Sepatutnya Sam Patut Lakukan Kalau Tak Nak Berjauhan Dengan Anak

Ft Peguam Ulas Isu Sam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, antara kenyataan yang keluar daripada mulut bekas isteri Sam Bunkface, Aida iaitu penyanyi tersebut sudah lama tidak berjumpa dengan anak tunggal mereka, Maleeq kira-kira dalam 5 ke 6 bulan.

Bagaimanapun, ia disangkal sekeras-kerasnya oleh Sam dengan mengatakan bahawa dia tidak dapat bertemu dengan anak kerana  Aida telah hantar Maleeq dibawah jagaan ibu Aida di Melaka, bahkan Sam turut melampirkan gambar tangkap layar perbualan mereka untuk mengukuhkan lagi bahawa dia dianiaya.


 

Anak bawah umur adalah hak jagaan ibu tapi…

Berdasarkan kenyataan dan pendedahan yang dibuat oleh vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar bin Muhammad Baharom beberapa hari lepas ini, seorang peguam syarie tampil memberikan keterangan dan membut rumusan mengenai kes ini.

Sebagai info, jika pasangan itu bercerai dan mempunyai anak dibawah umur, secara automatik anak itu berada di bawah jagaan ibunya.

Jadi, berdasarkan kenyataan ini, peguam syarie yang dikenali sebagai Atikah Rashid rumuskan bahawa si ibu telah menukar mastautin anak jauh daripada bapanya, bahkan si ibu juga didakwa tidak menjaga anak kerana membiarkannya dijaga nenek.

Screenshot 2023 04 04 162949

Atas tindakan ini, peguam syarie mengatakan bahawa si ibu boleh hilang hak jagaan anak biarpun anak masih di bawah umur.

“Prinsip umum hak jagaan anak, anak bawah umur hak jagaan adalah pada ibu. Tapi, ibu boleh hilang kelayakan jaga anak bila tukar mastautin anak dengan menjauhkan anak daripada bapanya.”

Screenshot 2023 04 04 163020

“Apabila si ibu tak menjaga anaknya sendiri, kemungkinan berlaku kecuaian dan pengabaian terhadap kebajikan dan kemaslahatan anak tersebut kerana ibu tinggal berjauhan dengan anak. “

Dalam pada itu, Atikah turut menegaskan bahawa Sam sepatutnya membuat satu tindakan awal agar perkara ini tidak terganggu iaitu dapatkan hak perintah jagaan anak semasa dijaga secara bersama ibunya (buat persetujuan secara bertulis).

“Maksudnya dijaga secara bersama oleh ibu bapa. Tapi bila persetujuan tersebut tidak direkodkan sebagai perintah di mahkamah, jadi ibunya boleh buat ikut suka dan tiada tindakan undang-undang yang boleh dikenakan.”

Apapun, kita tunggu sahaja keputusan mahkamah mengenai kes ini.

Baca : “Minta nafkah lebih, sudahnya anak hantar kampung” – Netizen Bengang Lepas Tengok Pendedahan Sam

Ft Sam Dedah Aida Play Victim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.