in

Peguam Sahkan Ibu Bapa Zayn Rayyan Akan Didakwa Di Mahkamah Pagi Ini

Ibu Bapa Zayn Didakwa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peguam yang mewakili bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, Fahmi Abd Moin mengesahkan bahawa ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya, pagi ini.


Menurut Harian Metro, beliau walau bagaimanapun masih belum mengetahui intipati pertuduhan yang bakal dihadapi kedua-dua anak guamnya itu.

Ya ada tuduhan untuk kedua-dua anak guam kami,” katanya.

Artikel berkaitan: Kes Zayn Rayyan: Peguam Anggap Tindakan Polis Agak Luar Biasa & Aneh

Artikel berkaitan: “Insya-Allah satu Malaysia akan gembira” – Kakak Kepada Ibu Zayn Rayyan

Pasangan suami isteri terbabit yang ditahan reman selama 13 hari sejak 1 Jun lalu bakal tamat tempoh reman hari ini.

Selain Fahmi, seorang lagi peguam iaitu Mahmud Jumaat akan mewakili ibu kepada Zayn Rayyan.

Terdahulu, ibu kepada Zayn semalam telah dibawa ke mahkamah berkenaan bagi memberikan keterangan di hadapan majistret, namun dia difahamkan tidak membuat sebarang pengakuan.

Whatsapp Image 2024 06 12 At 1.22.34 Pm

Mahmud berkata, prosiding semalam adalah permohonan polis untuk merekod pengakuan bersalah Orang Yang Disyaki (OYDS) mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan.

Perkara itu walau bagaimanapun telah dibantah kedua-dua peguam. Mereka mendakwa tindakan polis membawa wanita itu untuk merekod pengakuan bersalah di hadapan majistret agak luar biasa dan aneh.

Berita lanjut bakal menyusul. 

Sumber: Harian Metro

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.