in

Peguam Kongsi Kisah Sedih, Ibu Ditahan Curi ‘Pencil Box’ Sebab Nak Beri Hadiah Anak Dapat No. 1 Di Sekolah

Peguam Ibu Curi Pencil Box

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lumrah sebagai ibu bapa, pasti akan sedaya upaya untuk menunaikan permintaan anak lebih-lebih lagi jika anak itu membanggakan keluarga.

Seorang peguam jenayah bernama Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar baru-baru ini berkongsi sebuah kes yang dikendalikan beliau dan kisah itu tidak pernah dilupakannya sehingga ke hari ini.


Ibu curi pencil box sebab nak hadiahkan untuk anak

Menerusi perkongsiannya di TikTok, kejadian itu berlaku pada tahun 1998 di mana beliau menyaksikan seorang wanita berbangsa India dengan tangan digari telah dibawa ke mahkamah atas kesalahan mencuri set lengkap pencil box di sebuah pasar raya yang bernilai kira-kira RM18.

@amzaharil

♬ original sound – amzaharil – amzaharil

Difahamkan, ibu itu bertindak sedemikian kerana dia sudah berjanji dengan anak lelakinya untuk memberi hadiah sebuah pencil box jika mendapat nombor 1 dalam pelajaran di sekolah.

Bagaimanapun, ibu tersebut terpaksa mencuri barang yang dijanjikan kepada anaknya kerana kesempitan wang.

Peguam Ahmad Zaharil tersentuh hati mendengar kisah itu dan mengambil kes tersebut secara percuma. Wanita itu pula dikenakan hukuman bon berkelakuan baik selama beberapa tahun.

Anak berjaya menjadi peguam 

Mengulas lanjut, setelah beberapa tahun, beliau didatangi seorang lelaki yang telah memerhatinya beberapa hari di kantin.

Rupa-rupanya, lelaki itu merupakan anak kepada kes wanita tersebut dan dia juga telah berjaya menjadi seorang peguam.

“Mak saya kirim salam. Tuan mungkin tak ingat, tapi saya adalah budak yang hendakkan pencil box itu dan sekarang saya seorang peguam.”

Ahmad Zaharil yang mendengar pendedahan itu tidak dapat menahan sebak dan menyifatkan kejadian itu adalah salah satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang beliau bergelar peguam.

Perkongsian video itu turut mendapat perhatian netizen, rata-ratanya begitu tersentuh dengan kisah tersebut yang boleh dijadikan pengajaran bersama.

Baca: “Orang bernikah buat video ‘counting days’ tapi Sha dan Ubai…” – Shila Amzah Reda Pemergian Bakal Ibu Mentua
Shila Ubai Sedih Mak Meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.